Maritim lupus dadah bernilai RM29 juta

Aminuddin menunjukkan bungkusan teh yang digunakan untuk membungkus dadah bagi mengaburi pihak berkuasa pada majlis pelupusan dadah di Pusat Kualiti Alam, Seremban hari ini.
Aminuddin menunjukkan bungkusan teh yang digunakan untuk membungkus dadah bagi mengaburi pihak berkuasa pada majlis pelupusan dadah di Pusat Kualiti Alam, Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 378 bungkus dadah jenis methamphetamine dengan berat 387.47 kilogram yang bernilai RM29 juta dilupuskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) hari ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, kesemua dadah yang sudah selesai proses mahkamah itu adalah hasil rampasan di Zon Maritim Kuala Perlis, Perlis pada 23 Mei 2018.

"Pelupusan dadah ini adalah hasil penemuan lapan beg berisi dadah yang terapung pada jarak 1.2 batu nautika dari pantai Kuala Perlis, tak jauh dari sempadan Malaysia-Thailand.

"Beg tersebut dipercayai dibuang penyeludup sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa yang melakukan rondaan rutin dan mereka memecut laju ke Thailand," katanya selepas majlis pelupusan dadah di Pusat Kualiti Alam di sini hari ini.

Aminuddin berkata, pelupusan dadah itu dilakukan menerusi kaedah musnah dan bakar, selaras dengan peraturan di bawah Pekeliling Perbendaharaan (PP) Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan Am 2.7 di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Artikel Berkaitan: