Polis Pahang terima 30 Honda Civic 1.8S

Abd Jalil melihat salah sebuah kereta peronda baharu yang diterima untuk kegunaan IPD di negeri ini.
Abd Jalil melihat salah sebuah kereta peronda baharu yang diterima untuk kegunaan IPD di negeri ini.
A
A
A

KUANTAN - Polis Kontinjen Pahang menerima 30 kenderaan peronda baharu jenis Honda Civic 1.8S untuk kegunaan Unit Kereta Peronda (MPV) di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.

Daripada jumlah itu, lima ditempatkan di IPD Kuantan, Temerloh (4), Bentong (4), Maran (3), Pekan (3), Jerantut (2), Raub (2), Lipis (1), Bera (1), Cameron Highlands (1) dan Unit Polis Pelancong (2).

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, perolehan kereta peronda baharu itu adalah tambahan kepada kenderaan peronda sedia ada.

Menurutnya, agihan dilakukan kepada IPD seluruh negeri mengikut kuota yang ditetapkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Melalui penggunaan kereta peronda baharu yang canggih ini, kita harap ia akan meningkatkan lagi kecekapan anggota MPV terlibat dalam melaksanakan tugas dengan lebih berkesan," katanya.

Abd Jalil diberi taklimat spesifikasi kenderaan peronda jenis Honda Civic 1.8S yang diterima.
Abd Jalil diberi taklimat spesifikasi kenderaan peronda jenis Honda Civic 1.8S yang diterima.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan kenderaan peronda baharu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basriitu di Kompleks Polis Alor Akar di sini hari ini.

Katanya, kenderaan peronda baharu itu dipertanggungjawabkan kepada Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah bagi memastikan ia dijaga dan diselenggara dengan baik serta tidak disalahgunakan.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, ketika berucap Abd Jalil berkata, Polis Kontinjen Pahang sebelum ini menerima beberapa kenderaan baharu untuk tugas kepolisan.

"Antaranya kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux untuk kegunaan Ketua Polis Balai, kenderaan Utiliti Sukan (SUV) jenis Mitsubishi Outlander untuk kegunaan trafik, kenderaan membawa tahanan dan van untuk kenderaan penumpang.

"Kita juga akan menerima beberapa unit motosikal berkuasa tinggi bagi kegunaan trafik dan lori bagi menggantikan kenderaan sedia ada yang sudah berusia," kata beliau.