121 individu ingkar SOP ditahan di pusat hiburan

Ayob Khan bersama anggota polis melakukan pemeriksaan di sebuah premis hiburan di Taman Mount Austin malam tadi.
Ayob Khan bersama anggota polis melakukan pemeriksaan di sebuah premis hiburan di Taman Mount Austin malam tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 121 individu ditahan di sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin di sini, kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard ( SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan kira-kira jam 10 malam tadi, kesemua individu berusia dari 20 hingga 40 tahun itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana tiada penjarakan fizikal ketika berada di dalam premis hiburan tersebut.

Pusat hiburan di Taman Mount Austin yang diserbu malam tadi.
Pusat hiburan di Taman Mount Austin yang diserbu malam tadi.

Seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun yang mengaku sebagai pengurus premis turut ditahan.

"Namu hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua yang ditahan didapati negatif," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Ayob Khan, beberapa peralatan seperti LED Video Processor, komputer riba, CPU, pembesar suara dan monitor turut dirampas.

Tambah beliau, siasatan mengikut Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Johor (ENJ) dan Perkara 11, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Artikel Berkaitan:

Pusat hiburan di Taman Mount Austin yang diserbu malam tadi.
Pusat hiburan di Taman Mount Austin yang diserbu malam tadi.