Anak Maria Chin cedera ditikam

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Anak lelaki kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah cedera selepas cuba disamun seorang lelaki dalam kejadian di Taman Mayang Emas, di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa berusia 26 tahun sedang berjoging di taman kawasan tersebut.

Menurutnya, tiba-tiba datang seorang lelaki cuba menyamun mangsa dengan mengacukan senjata tajam.

"Suspek bertindak agresif hingga mencederakan mangsa di bahagian perut dipercayai menggunakan senjata tajam.

"Suspek kemudian terus melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa yang turut mengalami kecederaan luka di tangan kanan telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Katanya, tiada kerugian dilaporkan dan usaha memburu suspek disyaki warga tempatan ini giat dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: