X

Kindly register in order to view this article
!

Penganggur didakwa bunuh jiran

Mohamad Nawi (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini.
A
A

KUANTAN - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas dakwaan membunuh jirannya di Kampung Peramu di sini minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Nawi Che Heng, 40, sekadar mengangguk faham selepas pertuduhan ke atasnya yang dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh dalam prosiding itu.

Mohamad Nawi didakwa sengaja menyebabkan kematian terhadap Sulung Merah, 67, di Kampung Peramu di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 1 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aysha Noilah Harizan memohon supaya tertuduh dirujuk di Hospital Permai, Johor kerana mempunyai rekod mental.

"Tertuduh perlu ada penilaian kesihatan mental kerana pernah menjalani rawatan mental sebelum ini," katanya.

Nurul Farahah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Johor bagi mendapat rawatan penilaian tahap kesihatan mentalnya.

Mahkamah menetapkan 8 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!