Saiful Azly dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur

Saiful Azly (kanan) disambut oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yong Lei Choo ketika hadir pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Saiful Azly (kanan) disambut oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yong Lei Choo ketika hadir pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim yang akan bertugas mengambil alih Jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya.

Zamri berkata, kepercayaan diberikan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Saiful Azly bagi menggalas jawatan itu diharap dapat membantu Polis Kuala Lumpur ke arah merealisasikan bandar raya ini sebagai Bandaraya Selamat.

"Saya dimaklumkan tugas sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur amat berat ditambah dengan situasi semasa dan trend jenayah semasa.

"Saya yakin Datuk Saiful Azly mampu dan akan menjadikan bandaraya Kuala Lumpur terus aman," katanya sempena majlis itu.

Menurutnya, Saiful Azly merupakan seorang pegawai yang berdedikasi, berpandangan jauh dan peka dengan situasi semasa.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Mazlan Lazim atas khidmat dan komitmen yang tinggi sejak menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur pada 2017 lalu," katanya.

Artikel Berkaitan: