Dua pusat hiburan tidak patuh SOP PKPP diarah tutup

Dua daripada lima pusat hiburan di Butterworth diarahkan tutup kerana tidak mematuhi SOP PKPP.
Dua daripada lima pusat hiburan di Butterworth diarahkan tutup kerana tidak mematuhi SOP PKPP.
A
A
A

KEPALA BATAS - Dua daripada lima buah pusat hiburan di sekitar Butterworth diarahkan tutup tujuh hari kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, tindakan itu diambil menerusi Ops Bersepadu Pemantauan Pematuhan PKPP bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam disertai penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Menurutnya, polis mengeluarkan sebanyak 26 kompaun kepada pemilik premis dan pelanggan iaitu lapan kompaun kerana gagal mematuhi arahan dikeluarkan KKM dan 18 kompaun kerana melakukan aktiviti terlarang.

Pihak berkuasa memeriksa salah sebuah pusat hiburan dalam Ops Bersepadu yang dijalankan malam tadi.
Pihak berkuasa memeriksa salah sebuah pusat hiburan dalam Ops Bersepadu yang dijalankan malam tadi.

"MBSP mengeluarkan empat kompaun kepada pemilik premis kerana kesalahan tidak patuh syarat pelesenan dan tiada suntikan pekerja serta satu notis kerana kesalahan tiada kebenaran membuka pusat hiburan.

"KKM pula hanya mengeluarkan satu notis amaran bertulis kepada pemilik premis atas kesalahan gagal mendaftar masuk pekerja ke premis," katanya ketika dihubungi tadi.

Noorzainy berkata, pihaknya akan sentiasa menjalankan operasi dari masa ke masa bersama beberapa agensi lain untuk memastikan semua pihak mematuhi SOP PKPP yang dikeluarkan.

Artikel Berkaitan: