Kuala Lumpur tekad kekal momentum

Ujian mencabar menanti Kuala Lumpur dalam dua aksi akan datang tatkala mereka masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi enam aksi Liga Premier.
Ujian mencabar menanti Kuala Lumpur dalam dua aksi akan datang tatkala mereka masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi enam aksi Liga Premier.
A
A
A

UJIAN mencabar menanti Kuala Lumpur dalam dua aksi akan datang tatkala mereka masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi enam aksi Liga Premier.

Pengendali Kuala Lumpur, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata, anak-anak buahnya perlu meneruskan usaha keras mereka menjelang pertemuan menentang Terengganu FC II (TFC II) Sabtu ini dan Pulau Pinang Sabtu depan.

“Kemenangan 2-0 ke atas Kelantan United Jumaat lalu merupakan keputusan memuaskan dan ini kali pertama kami tidak dibolosi sebarang gol selepas enam perlawanan berlangsung.

“Memandangkan Kuala Lumpur belum lagi tewas, dua perlawanan akan datang pastinya akan menjadi sangat getir kepada kami kerana kami akan menentang TFC II dan Pulau Pinang.

“Kedudukan TFC II tidak jauh dengan pasukan kami, jadi mereka pasti akan melawan habis-habisan. Pulau Pinang juga masih kekal dengan kemenangan berterusan dan dua perlawanan selepas ini pasti tidak mudah buat kami.

“Tetapi Alhamdulillah setakat ini secara keseluruhan pasukan kami berada di landasan yang betul dalam harungi musim 2020 dan diharapkan barisan pemain dapat mengekalkan momentum yang ada,” jelasnya.

Selepas enam perlawanan, Kuala Lumpur terus menghimpit pendahulu, Pulau Pinang. Biarpun berkongsi 14 mata, kedua-dua pasukan dibezakan dengan jumlah jaringan.

TFC II juga sudah pasti mengintai peluang untuk memintas Kuala Lumpur apabila hanya dibezakan dua mata di belakang skuad warga kota itu apabila berada di tangga ketiga.

Artikel Berkaitan: