‘Segerakan bantuan JKM RM1,000’

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan kerajaan untuk meningkatkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada kadar RM1,000 sebulan berbanding kadar semasa RM200 hingga RM300 sebulan wajar disegerakan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata, cadangan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga tidak harus dihadkan bagi satu tempoh tertentu sahaja.

“Saya berharap agar cadangan itu yang diumumkan ketika sesi ucapannya di Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri, tidak menjadi sekadar gula-gula pilihan raya. Sebaliknya diluluskan kerajaan dalam masa terdekat. Bukan itu sahaja, peningkatan bantuan ini tidak harus dihadkan bagi sesuatu tempoh masa tertentu.

“Peningkatan bantuan JKM tahun sebelum ini (juga) terlalu sedikit dan tidak bersepadanan dengan peningkatan kos sara hidup dan inflasi,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri mengusulkan bantuan bulanan JKM dinaikkan ketika berucap sempena Majlis Perjumpaan Pimpinan Masyarakat bersama Perdana Menteri di Sandakan pada 30 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin usul bantuan JKM dinaikkan ke RM1,000

Dalam pada itu, Faiz berkata, satu model baharu juga harus diperkenalkan di mana bayaran bukan sahaja dinaikkan kepada RM1,000 tetapi faktor tanggungan harus diambil kira.

Artikel Berkaitan:

Faiz Fadzil
Faiz Fadzil

Selain itu, katanya, sebagai insentif bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan JKM, sewajarnya penerima yang mempunyai rekod berusaha mencari pekerjaan atau menubuhkan perniagaan, diberikan amaun bantuan tambahan untuk satu tempoh tertentu.

“Dalam kerajaan membantu golongan yang memerlukan, adalah penting bagi golongan ini diberikan sokongan untuk berdiri atas kaki sendiri dan mencapai taraf hidup jauh lebih baik,” katanya.