Dua tonggak Manchester City positif Covid-19

Manchester City mengesahkan dua pemain The Citizens, Riyad Mahrez dan Aymeric Laporte kini menjalani kuarantin selepas positif pandemik Covid-19
Manchester City mengesahkan dua pemain The Citizens, Riyad Mahrez dan Aymeric Laporte kini menjalani kuarantin selepas positif pandemik Covid-19
A
A
A

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City mengesahkan dua pemain The Citizens, Riyad Mahrez dan Aymeric Laporte kini menjalani kuarantin selepas positif pandemik Covid-19

The Citizens mengesahkan berita itu di laman web kelab mereka dua minggu menjelang sepak mula saingan liga paling popular dunia berkenaan.

Kenyataan itu berbunyi: "Kedua-dua pemain kini sedang menjalani pengasingan diri sesuai dengan protokol pihak Liga Perdana Inggeris dan Kerajaan United Kingdom.

"Semua komuniti Manchester City berharap Riyad dan Aymeric cepat sembuh bagi membolehkan mereka kembali menjalani latihan menjelang saingan musim baharu."

Mahrez, 29 dan Laporte, 26 adalah bintang EPL terbaru yang positif Covid-19 selepas pemain Manchester United, Paul Pogba.

Pogba kini juga menjalani kuarantin di rumah dengan keluarganya setelah dia positif Covid-19 ketika dia melaporkan tugasannya di peringkat antarabangsa.

Saingan EPL 2020/21 akan berlangsung hujung minggu ini tetapi skuad kendalian Pep Guardiola itu akan mendapat cuti tambahan seminggu selepas berakhir saingan Liga Juara-Juara musim lalu.

Artikel Berkaitan: