Peranan pengamal media bantu polis perangi jenayah

Salah seorang pengamal media menerima sijil penghargaan daripada Mazlan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini.
Salah seorang pengamal media menerima sijil penghargaan daripada Mazlan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengamal media memainkan peranan penting dalam usaha memerangi jenayah terutama penyebaran maklumat yang dapat membantu Polis Diraja Malaysia memberkas penjenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, beliau sangat menghargai bantuan media dalam pelbagai aspek termasuk membantu kejayaan pasukan polis dalam usaha menurunkan kadar jenayah di ibu kota.

"Kerjasama antara media dan polis sangat penting dalam usaha memerangi jenayah," katanya ketika berucap pada majlis penghargaan media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mazlan yang akan mengambil alih jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman berkata, pengamal media juga merupakan barisan hadapan dalam melaporkan peristiwa dan maklumat penting terutama semasa pandemik Covid-19.

"Kita menghargai pengamal media mempertaruhkan nyawa mereka dalam melaporkan perkembangan Covid-19 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu," katanya.

Mazlan menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur lebih dari dua tahun turut menghargai kerjasama pengamal media.

"Saya harap mereka akan terus memberikan kerjasama yang sama kepada pengganti saya," katanya.

Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur bakal digantikan dengan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ketika ini, Datuk Saiful Azly Kamaruddin.

Artikel Berkaitan: