Dalang ketua sindiket dadah RM42 juta diburu

Shafien (tengah) menunjukkan pistol yang ditemui bersama dadah jenis ganja, syabu dan pil kuda bernilai RM42 juta dipercayai untuk diedarkan di pasaran tempatan di seluruh negara.
Shafien (tengah) menunjukkan pistol yang ditemui bersama dadah jenis ganja, syabu dan pil kuda bernilai RM42 juta dipercayai untuk diedarkan di pasaran tempatan di seluruh negara.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis memburu seorang lelaki tempatan berusia 30-an dipercayai ketua sindiket yang menjadi dalang penyeludupan susulan penemuan dadah bernilai lebih RM42 juta di sebuah rumah di Taman Tanjung Chat Selasa lalu.

Ketua Polis negeri, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek sudah dikenal pasti masih dipercayai masih berada di negara ini.

“Suspek melarikan diri sebaik sahaja rumah sewa yang dijadikan transit dadah bernilai lebih RM42 juta itu diserbu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini hari ini.

Beliau berkata, serbuan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan pada jam 10 malam 1 September lalu menemui ganja seberat lebih 1,200 kilogram (kg), syabu lebih 970 kg, pil kuda 11,800 biji.

“Turut ditemui sepucuk pistol model Glock dan lapan peluru hidup saiz 9 milimeter (mm). Sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang disewa berada di hadapan rumah itu dipercayai ada kaitan dengan penemuan dadah berkenaan.

Toyota Vellfire disewa suspek dipercayai ada kaitan dengan penemuan dadah berkenaan diletakkan di sebuah rumah di Tanjung Chat di Kota Bharu lokasi sama dadah bernilai RM42 juta dijumpai.
Toyota Vellfire disewa suspek dipercayai ada kaitan dengan penemuan dadah berkenaan diletakkan di sebuah rumah di Tanjung Chat di Kota Bharu lokasi sama dadah bernilai RM42 juta dijumpai.

“Susulan itu, enam anggota sindiket berusia 25 sehingga 33 tahun termasuk seorang wanita berjaya ditahan di sebuah rumah di Wakaf Che Yeh pada jam 1.20 pagi, 2 September lalu,” katanya.

Shafien berkata, sindiket dipercayai aktif mengedar dadah untuk pasaran tempatan di seluruh negara dalam tempoh empat bulan lalu. Suspek lelaki mempunyai rekod lampau satu sehingga empat dan dua mereka positif dadah jenis metamphetamine.

Artikel Berkaitan:

“Polis menyita Toyota Vellfire, Perodua MyVi dan motosikal jenis Yahama 125ZR. Dua akaun milik dua suspek dengan jumlah wang tunai bernilai RM204,558.45 turut disita.

“Mereka ditahan reman seminggu sehingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Enam suspek termasuk seorang wanita ditahan susulan daripada penemuan RM42 juta yang disimpan di sebuah rumah sewa di Tanjung Chat Kota Bharu sebagai transit.
Enam suspek termasuk seorang wanita ditahan susulan daripada penemuan RM42 juta yang disimpan di sebuah rumah sewa di Tanjung Chat Kota Bharu sebagai transit.

Dalam serbuan berasingan oleh anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) sejumlah 441kg dadah jenis syabu bernilai lebih RM17 juta ditemui berlonggok dalam 22 guni di kawasan hutan tepi Sungai Golok berhampiran Pangkalan Haram Syarifah, Pasir Mas pada jam 7 pagi, 3 September lalu.

“Dadah dipercayai baru diletakkan di kawasan itu dan dibawa ke IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya.