PRK Semenyih: Hadi mahu BN guna kaedah sama

Abdul Hadi mengetuai solat hajat sebelum menyempurnakan majlis pecah tanah di Gong Chempedak, di sini, hari ini.
Abdul Hadi mengetuai solat hajat sebelum menyempurnakan majlis pecah tanah di Gong Chempedak, di sini, hari ini.
A
A
A

MARANG - Pas berharap kaedah pemilihan calon pada PRK Semenyih dijadualkan Mac ini akan menggunakan kaedah yang sama seperti yang digunakan di PRK Cameron Highlands.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata, BN telah diberi tanggungjawab untuk mempertaruhkan calon yang mempunyai ketokohan sendiri dan mestilah anak tempatan.

Ahli Parlimen Marang itu yakin dua faktor tersebut mampu memberi kemenangan kepada BN dalam PRK Semenyih kelak.

"Pemilihan calon untuk PRK Semenyih belum ditentukan lagi setakat ini, dan perkara itu kita serahkan kepada BN untuk menentukan calon mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:Blok pembangkang akan ulangi kejayaan PRK Cameron

"Ciri-ciri calon yang akan diketengahkan mestilah mengambil kira kemenangan BN di PRK Cameron Highlands semalam iaitu mengambil kira ketokohan dan mestilah anak tempatan.

"Pemilihan Ramli Mohd Nor di PRK Cameron Highlands itu dipersetujui bersama (Pas dan BN)....beliau bukanlah seorang pemimpin Umno, tetapi beliau bekas pegawai polis yang tidak terlibat dengan politik dan mewakili umat Islam," katanya.

Abdul Hadi berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Sekolah Rendah Islam Darul Quran yang turut dihadiri Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Gong Chempedak di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

PRK Semenyih adalah PRK keempat diadakan di Selangor selepas PRU14. Sebelum ini, tiga PRK iaitu di Dun Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong telah pun negeri itu.