JAIJ pantau penyebaran fahaman liberal di Johor

Hasni (tengah) dan Tosrin (kiri) menerima penyerahan zakat perniagaan dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru, hari ini.
Hasni (tengah) dan Tosrin (kiri) menerima penyerahan zakat perniagaan dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sedang memantau elemen penyebaran dakyah fahaman liberal di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi mengakui terdapat usaha itu yang dilakukan secara agresif dalam media sosial.

Beliau berkata, usaha membanteras fahaman itu yang secara terang-terangan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah akan dilakukan di setiap daerah.

"Kita ada pegawai khas di setiap pejabat agama daerah yang bertanggungjawab meneliti perkembangan liberal supaya tindakan segera dapat diambil selain bekerjasama dengan polis bagi menanganinya dengan segera," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Hotel Holiday Villa di sini hari ini yang disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.

Turut hadir Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadot; Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Abdul Rashid A Rahman dan Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Datuk Md Rofiki A Shamsudin.

Beliau mengulas penularan fahaman liberal yang kini agresif di media sosial dan lebih mengejutkan apabila risikan polis menunjukkan ideologi itu sudah berkembang di Lembang Klang, Pulau Pinang dan Johor.

Mengenai tahap keseriusan ajaran dan gerakan liberalisme di negeri ini, Tosrin berkata, pihaknya berkata akan mendedahkan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

"Saya akan dedahkan mengenai perkara ini tidak lama lagi dalam satu program khas di Kulai, orang ramai boleh datang bertanyakan perkara ini," katanya.