Agong prihatin isu kejadian pencemaran sungai

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (depan, kanan) ketika lawatan ke Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 di Bestari Jaya, hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang (depan, kiri).- Foto Bernama

A
A
A

KUALA SELANGOR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan keprihatinan terhadap rakyat di Selangor berhubung kejadian pencemaran di Sungai Gong, Rawang yang menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas sejak Khamis lalu.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu dizahirkan Yang di-Pertuan Agong semasa beliau menghadap baginda pagi tadi.

"Saya menjunjung kasih di atas keprihatinan baginda terhadap isu yang menyebabkan masalah bekalan rakyat.

"Tuanku juga menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) Jalan Bukit Badong, Bestari Jaya di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: