Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya Rabu ini

Bekalan air ke seluruh Selangor dan Kuala Lumpur semakin pulih selepas mengalami gangguan bekalan air susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor melibatkan tujuh wilayah sekitar Lembah Klang masih belum pulih. - Foto: Bernama

A
A
A

KUALA SELANGOR - Bekalan air di semua kawasan terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pencemaran di Sungai Gong, Rawang yang menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas dijangka pulih sepenuhnya Rabu ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebahagian besar kawasan sudah menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat.

Bagaimanapun, katanya, hanya sebilangan kecil kawasan masih dalam proses pemulihan.

"Insya-ALLAH keseluruhan bekalan (akan) dapat diselesaikan pada jam 6 pagi, 9 September ini," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) Jalan Bukit Badong, Bestari Jaya di sini hari ini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran di Sungai Gong itu dijangka siap dalam waktu terdekat.

"Siasatan akan dijalankan melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)," katanya.

Artikel Berkaitan: