X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kes positif melonjak kepada 62

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA- Kes harian positif Covid-19 melonjak kepada 62 kes termasuk 56 kes penularan di dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, sebanyak 50 kes baharu penularan dalam negara di kesan dalam Kluster Benteng LD di Sabah.

"Setakat ini, jumlah positif Covid-19 dalam kluster tersebut ialah 66 melibatkan 64 tahanan dan seorang pegawai imigresen serta anak saudaranya," katanya.

Menurutnya, berdasarkan analisa risiko yang dijalankan, faktor penularan Covid-19 kluster tersebut disebabkan sesak dan sempit.

"Didapati penjarakkan fizikal sukar diamalkan dan ini merupakan penyumbang utama penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan banduan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!