Bapa kanak-kanak pandu kereta disaman

Hari ini tular video mengenai seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dengan tajuk 'Handa orang Rombau haa'.
Hari ini tular video mengenai seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dengan tajuk 'Handa orang Rombau haa'.
A
A
A

REMBAU - Bapa kepada kanak-kanak lelaki darjah tiga yang memandu kereta seperti yang tular di Facebook pagi sudah dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan kenderaannya dipandu oleh pemandu bawah umur.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, bertindak atas maklumat, polis telah menjalankan siasatan dan berjaya mengesan kereta dan kanak-kanak terbabit.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu memandu kereta tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya di Kampung Bongek di sini," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak yang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.

Beliau berkata, polis mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan masyarakat terhadap isu berlaku.

Hari ini tular video mengenai seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dengan tajuk 'Handa orang Rombau haa'.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN Polis cari kanak-kanak darjah tiga pandu kereta

Artikel Berkaitan: