Geng Sadam tumpas

Noorzainy (kanan) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan Khamis lalu.
Noorzainy (kanan) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan Khamis lalu.
A
A
A

KEPALA BATAS - Lapan lelaki termasuk tiga warga Myanmar yang aktif dalam sindiket pengedaran dadah dikenali sebagai Geng Sadam ditahan di sebuah rumah di Ujong Batu, Butterworth Khamis lalu.

Ketika serbuan pada jam 12.10 tengah hari itu kesemua suspek berusia antara 21 hingga 49 tahun termasuk ketua sindiket sedang leka membungkus dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis turut merampas empat kilogram (kg) heroin serta 1.53 kg syabu bernilai RM96,756.

"Selain dadah, polis liturut menyita lapan buah kenderaan bernilai RM42,100, tujuh barangan kemas bernilai RM56,623.90 dan wang tunai berjumlah RM19,435. Kesemua nilai sitaan ialah RM118,158.90

"Sindiket ini diketuai seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun. Modus operandi mereka ialah membeli dadah jenis heroin dan syabu dalam kuantiti yang banyak sebelum membungkusnya dalam paket kecil dan dijual bermula pada harga RM10 sebungkus mengikut saiz.

"Dadah yang dirampas mampu membekalkan kepada 17,650 penagih dadah jika terlepas ke pasaran," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noorzainy berkata, siasatan mendapati rumah tersebut disewa ketua sindiket geng itu untuk dijadikan tempat menyimpan dan membungkus dadah.

"Sindiket ini aktif dalam pengedaran dadah sejak dua tahun lalu dan kesemua suspek tidak bekerja namun hidup mewah hasil penjualan dadah. Mereka hanya menjual dadah kepada pelanggan tetap sahaja kerana bimbang kegiatan dihidu polis.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, ketua sindiket tersebut mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan pernah dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

"Tujuh lagi ahli sindiket tidak mempunyai rekod lampau dan ujian saringan awal air kencing mendapati semua suspek positif dadah. Mereka direman sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.