Kes Covid-19 di India atasi Brazil

Kes Covid-19 di India telah mencapai 4.2 juta dengan 90,802 jangkitan baharu, melebihi Brazil, yang mencatatkan 4,137,521 kes disahkan.
Kes Covid-19 di India telah mencapai 4.2 juta dengan 90,802 jangkitan baharu, melebihi Brazil, yang mencatatkan 4,137,521 kes disahkan.
A
A
A

NEW DELHI - Kes koronavirus (Covid-19) yang disahkan di India mengatasi Brazil, menjadikannya negara paling banyak mencatatkan kes jangkitan di dunia, lapor agensi berita Anadolu.

Jumlah yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada Isnin itu menunjukkan kes telah mencapai 4.2 juta dengan 90,802 jangkitan baharu, melebihi Brazil, yang mencatatkan 4,137,521 kes disahkan.

Ia menandakan lebih 90,000 kes dicatatkan India untuk hari kedua berturut-turut.

Angka kematian di India kini mencecah 71,642, termasuk 1,016 kematian dalam 24 jam terakhir.

Walaupun India mencatat rekod dalam jumlah kes Covid-19, Kementerian Kesihatan menyatakan terdapat peningkatan dalam pemulihan harian.

Pada Ahad, untuk hari kedua berturut-turut, negara merekodkan pemulihan lebih 70,000 pesakit, dengan jumlah keseluruhan pemulihan hampir 3.2 juta.

Pakar tempatan mengatakan pada akhir September, India mungkin mengatasi Amerika Syarikat yang paling teruk terjejas di dunia akibat pandemik ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: