15 Oktober tarikh akhir UK, EU putuskan pasca-Brexit

Boris Johnson
Boris Johnson
A
A
A

LONDON - United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) mempunyai masa sehingga 15 Oktober untuk bersetuju dengan syarat perjanjian perdagangan bebas pasca-Brexit, atau lebih baik kedua-dua pihak mengabaikan rundingan itu dan terus 'melangkah', kata Perdana Menteri, Boris Johnson pada Isnin.

"EU sangat jelas mengenai tempoh ditetapkan. Begitu juga saya. Perlu ada perjanjian dengan rakan Eropah kita. Jadi tidak perlu untuk melanjutkan had masa itu. Jika tidak bersetuju, maka saya rasakan tidak akan ada perjanjian perdagangan bebas antara kita, dan perlu akur dengannya dan terus melangkah ke depan," kata Johnson.

Difahamkan, London dan Brussels sudah mencapai 'fasa akhir' rundingan.

Andai rundingan gagal, UK dan EU akan menjalankan perdagangan berdasarkan model yang ada sepertimana dengan Australia, yang menurut Johnson boleh memberikan 'hasil baik' untuk UK, lapor agensi berita Sputnik.

"Kami sudah tentu selalu bersedia untuk berunding dengan rakan-rakan EU walaupun dalam keadaan seperti ini. Pintu rundingan tidak pernah ditutup dan akan berdagang sebagai rakan kongsi - tetapi tanpa perjanjian perdagangan bebas," kata Johnson.

Perdana Menteri UK itu menekankan, "perjanjian perdagangan bebas yang standard" tetap menjadi pilihan kepada London dan "senang" jika EU bersedia untuk "memikirkan kembali kedudukan mereka sekarang dan bersetuju."

"Tetapi kita tidak boleh dan tidak akan berkompromi kepada asas yang negara merdeka dapat,” tambah Johnson.

UK menarik diri daripada EU pada 31 Januari. Kedua-duanya sudah bersetuju untuk tempoh peralihan sehingga 31 Disember selain berunding mengenai syarat perdagangan dua hala selepas Brexit. Perkara yang setakat ini tidak dipersetujui kedua-dua pihak ialah berhubung peraturan perikanan dan bantuan negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: