X

Kindly register in order to view this article
!

Malaysia sekat pemegang pas lawatan jangka panjang dari 23 negara

Kerajaan tidak membenarkan pemegang pas lawatan jangka panjang dari 23 negara yang mencatatkan kes positif Covid-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia berkuat kuasa hari ini. Gambar hiasan.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan tidak membenarkan pemegang pas lawatan jangka panjang dari 23 negara yang mencatatkan kes positif Covid-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia berkuat kuasa hari ini.

Jabatan Imigresen melalui hantaran di Facebook rasminya hari ini memaklumkan, negara terbabit ialah Amerika Syarikat, Brazil, India, Rusia, Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina dan Chile.

Turut disenaraikan ialah Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq, Filipina dan Indonesia.

Selasa lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sekatan kemasukan pemegang pas lawatan jangka panjang dari India, Indonesia dan Filipina ke Malaysia bermula hari ini berikutan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di negara berkenaan.

Sekatan itu merangkumi enam kategori iaitu mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen.

Turut disekat ialah pasangan kepada warganegara Malaysia dan anak-anak mereka serta pelajar dari ketiga-ketiga negara berkenaan yang ingin kembali ke Malaysia.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!