Ketegasan anggota MPV wajar dicontohi

Zainal Abidin (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak, Razarudin (kiri) Husain kepada Boon Keng di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak hari ini. c
Zainal Abidin (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak, Razarudin (kiri) Husain kepada Boon Keng di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak hari ini. c
A
A
A

IPOH - Keberanian dua anggota kereta peronda polis (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti melaporkan perbuatan pegawai kanan yang menghalang tugas di sebuah pusat hiburan di Kelana Jaya, Selangor semalam wajar dijadikan contoh.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata tindakan itu juga membuktikan ketegasan sebenar PDRM melaksanakan undang-undang tanpa mengira status atau pangkat.

"Saya mahu memberi surat penghargaan kepada anggota berkenaan kerana tegas dan cepat melaporkan kejadian itu. Inilah ketegasan yang saya mahu kepada semua anggota MPV tanpa mengambil kira jawatan terutama kejadian itu dilakukan oleh pegawai polis.

"Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador gembira apabila ada anggota berani tampil membuat laporan dan ia tidak akan melemahkan semangat anggota bawahan apabila pucuk pimpinan memberi sokongan padu," katanya.

Zainal Abidin
Zainal Abidin

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain kepada Datuk Goh Boon Keng di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai polis ugut dua anggota ketika serbuan kelab malam ditahan

Zainal Abidin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi individu yang menghalang anggota polis bertugas mencegah jenayah.

"Tiada perbezaan kalau salah, tangkap. Saya sentiasa ingatkan pegawai dan anggota, tolong pegang amanat yang disampaikan KPN. Jangan takut, jangan gusar dan lakukan tugas dengan betul.

Artikel Berkaitan:

"Apabila berlaku kejadian itu, saya gunakan sebagai dan perlu dilakukan anggota polis. Ada yang pakai nama ketua polis atau ketua jabatan siasatan jenayah sekalipun, jangan peduli," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang pegawai kanan polis berusia 39 tahun ditahan kerana menghina dan cuba mengugut dua anggota MPV ketika serbuan di sebuah pusat hiburan.

Anggota tersebut respon terhadap maklumat bahawa pusat hiburan tersebut masih beroperasi pada jam 2.50 pagi.