Anggota tentera maut dipercayai terjun dari tingkat tiga

Seorang anggota tentera meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem tentera di Batu Pahat.
Seorang anggota tentera meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem tentera di Batu Pahat.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang anggota tentera meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem tentera di sini pada 29 Ogos lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Runggai berkata, kejadian itu mengakibatkan anggota tentera terbabit cedera parah pada bahagian kepala dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

“Mangsa meninggal dunia pada 2.30 petang semalam ketika masih menerima rawatan di Wad ICU itu. Bedah siasat akan diadakan hari ini bagi mendapatkan punca kematian mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Izzudin berkata, siasatan diteruskan daripada semua aspek untuk mengenal pasti punca mangsa mengambil tindakan sedemikian (terjun dari bangunan).

“Polis juga akan mendapatkan kesahihan dakwaan anggota keluarga yang memaklumkan mangsa berkemungkinan dibuli dan didera ketika berada di dalam kem sebelum kejadian,” katanya.

Sebelum ini, kisah mengenai anggota tentera berkenaan tular di media sosial yang turut mendakwa mangsa dibuli dan didera. - Bernama

Artikel Berkaitan: