PSG akui tergoda mahu rekrut Messi

Lionel Messi
Lionel Messi
A
A
A

PARIS Saint Germain (PSG) akui teruja mendengar berita kemungkinan Lionel Messi mahu berpindah daripada Barcelona dan sudah berkira-kira untuk menyambar khidmat pemain itu.

Pengarah PSG, Leonardo Araujo berkata, kelab gergasi Perancis itu sedia memikirkan beberapa kemungkinan mencari dana untuk mendapatkan Messi.

"Kami memang memikirkan untuk membeli Messi. Mungkin ada situasi rumit dengan Financial Fair Play tetapi ketika kami mendengar Messi mungkin diletakkan dalam carta perpindahan, kami tergoda untuk mendapatkannya.

"Kami berbincang apakah kemungkinan untuk kami mendapatkan Messi. Masalah utama kepada kami adalah perlu terlebih dahulu menjual pemain sebelum membeli Messi.

"Ia perkara sukar kerana tiada pasukan yang mahu membeli pemain dengan harga yang mahal pada ketika ini. Jadi, kami merasakan perlu untuk menumpukan kepada barisan pemain sedia ada," katanya.

Messi membuatkan arena bola sepak dunia kecoh apabila menyatakan secara terbuka mahu meninggalkan Barcelona dan telah mengaktifkan klausa untuknya berbuat demikian.

Namun, kelab Catalan itu membantah dengan menyatakan klausa tersebut hanya boleh diaktifkan sebelum pertengahan bulan Jun ataupun kelab yang berminat dengannya perlu membayar RM3.4 bilion.

Akhirnya pemain berusia 33 tahun itu mengumumkan akan kekal di Sepanyol untuk tempoh sekurang-kurangnya semusim lagi sehingga kontraknya tamat.

Artikel Berkaitan:

Ketika drama perpindahan Messi tersebut, beberapa kelab besar Eropah Manchester City, Inter Milan, dan juga PSG dikatakan tertarik dengan kemenangan enam kali Ballon d'or itu.