Polis cari kanak-kanak darjah tiga pandu kereta

Tangkap layar rakaman video seorang kanak-kanak lelaki memandu kereta.
Tangkap layar rakaman video seorang kanak-kanak lelaki memandu kereta.
A
A
A

REMBAU - Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang memandu sebuah kereta seperti yang tular di Facebook sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, usaha juga sedang dilakukan bagi mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan lanjut kerana membenarkan anak bawah umur memandu kenderaan.

"Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil.

"Bagaimanapun setakat ini kita masih belum menerima sebarang laporan polis mengenainya," katanya kepada Sinar Harian.

Hari ini tular video seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dengan tajuk 'Handa orang Rombau haa'.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video.

Artikel Berkaitan: