200 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan

Anggota bomba memadamkan kebakaran belukar di Jamul, California semalam. - Foto AFP
Anggota bomba memadamkan kebakaran belukar di Jamul, California semalam. - Foto AFP
A
A
A

LOS ANGELES - Lebih 200 orang terpaksa dipindahkan dengan selamat selepas terperangkap dalam kebakaran hutan dekat sebuah kawasan rekreasi di utara California, kata beberapa pegawai semalam.

Mereka dipindahkan dengan menaiki beberapa buah helikopter selepas kebakaran tersebut yang berlaku dalam keadaan cuaca kering sekali gus menghalang laluan dari kawasan Simpanan Air Mammoth di Hutan Negara Sierra, kira-kira 70 kilometer dari timur laut Fresno.

Kebakaran merebak dengan pantas menyebabkan pada satu ketika penduduk diminta berlindung di kawasan simpanan air tersebut jika perlu.

Seramai 20 orang yang dipindahkan itu dihantar ke hospital, kata Pejabat Syerif Daerah Madera menerusi Twitter.

Sekurang-kurangnya dua orang cedera, menurut Jabatan Bomba Fresno.

Kebakaran itu yang bermula pada Jumaat lalu di kawasan pergunungan itu telah melibatkan kawasan seluas 18,400 hektar, menurut Perkhidmatan Perhutanan Amerika Syarikat (AS).

Ia merupakan salah satu kebakaran hutan terbesar ketika musim kebakaran di negeri itu.

Kebanyakan negeri di AS mengalami suhu panas semalam dengan Los Angeles mencatatkan 43 darjah Celsius yang memarakkan lagi kebakaran itu. - AFP

Artikel Berkaitan: