Pengawal Kebangsaan Tunisia mati ditikam

Anggota polis forensik memeriksa tempat seorang pegawai Pengawal Kebangsaan Tunisia yang dibunuh di bandar Sousse semalam. - Foto AFP
Anggota polis forensik memeriksa tempat seorang pegawai Pengawal Kebangsaan Tunisia yang dibunuh di bandar Sousse semalam. - Foto AFP
A
A
A

TUNIS - Beberapa penyerang yang bersenjatakan pisau membunuh seorang pegawai Pengawal Kebangsaan Tunisia dan mencederakan seorang lagi semalam sebelum tiga daripada mereka ditembak mati dalam satu kejadian tembak-menembak, kata pasukan keselamatan.

Serangan itu berlaku di daerah pelancongan Sousse iaitu lokasi tempat serangan anggota jihad pada tahun 2015 yang menyebabkan seramai 30 orang terbunuh kebanyakannya penduduk dari Britain dalam kejadian tembakan di tepi pantai.

"Satu rondaan yang dilakukan oleh dua anggota Pengawal Kebangsaan diserang dengan menggunakan sebilah pisau di tengah Sousse," kata jurucakap Pengawal Kebangsaan, Houcem Eddine Jebabli.

"Seorang mati dan seorang lagi cedera dan kini berada (dirawat) di hospital," tambahnya dengan menyatakan ia merupakan satu serangan pengganas.

Para penyerang itu pada mulanya merempuh beberapa pegawai itu dengan sebuah kenderaan, kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

Selepas serangan itu berlaku, pasukan keselamatan mengejar para penyerang itu yang telah merampas pistol pengawal kebangsaan tersebut dan sebuah kenderaan sebelum bergerak ke daerah Akouda, kata Jebabli.

"Dalam kejadian tembak-menembak, tiga pengganas telah terbunuh," katanya dengan menyatakan pasukan keselamatan berjaya merampas dua pucuk pistol dan sebuah kenderaan yang dicuri itu. - AFP

Artikel Berkaitan: