91 individu dikompaun langgar PKPP

Antara individu yang dikompaun kerana melanggar PKPP di salah sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur malam tadi.
Antara individu yang dikompaun kerana melanggar PKPP di salah sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 91 individu dikompuan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di dua pusat hiburan di Brickfields di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, dalam serbuan pertama pada jam 12.30 tengah malam, seramai 13 lelaki dan lima wanita dikompaun di sebuah pusat hiburan di Bandar Sri Petaling.

"Kesemua individu itu dikompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zairulnizam berkata, dalam serbuan kedua, seramai 44 lelaki dan 29 wanita dikompaun pada jam 2 pagi di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama.

"Kita juga menahan seorang lelaki warga Myanmar dan 16 wanita warga Vietnam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan pemilik premis menggaji warga asing.

"Kita turut menjalankan siasatan mengikut Seksyen 39(B) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 4 Akta Hiburan, dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.

Menurutnya, kesemua 17 warga asing berusia dari 20 hingga 40 tahun itu ditahan reman selama 14 hari bermula semalam sehingga 19 September ini untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Orang awam dinasihati supaya sentiasa mematuhi PKPP kerana tindakan kompaun akan diberikan jika melanggar arahan PKPP," katanya.