Pegawai kanan Imigresen direman empat hari

Suspek ketika dibawa ke kamar mahkamah majistret dengan berpakaian lokap SPRM.
Suspek ketika dibawa ke kamar mahkamah majistret dengan berpakaian lokap SPRM.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Johor diperintahkan menjalani reman empat hari oleh mahkamah majistret, di sini, hari ini atas dakwaan menerima suapan.

Tahanan reman itu berkuat kuasa semalam sehingga 29 November ini.

Tempoh itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 boleh dilakukan.

Suspek yang tiba di pekarangan mahkamah dengan memakai pakaian lokap SPRM itu difahamkan telah ditahan di pejabatnya semalam.

Turut direman, tiga pegawai Jabatan Imigresen Johor terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita yang mana juga disiasat mengikut seksyen itu.

Artikel Berkaitan: