Uncle Kentang umum bertanding PRK Semenyih

Iklan
Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia (CP), Kuan Chee Heng

PUCHONG - Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia (CP), Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang mengumumkan bertanding sebagai calon bebas pada PRK Dun Semenyih.

Menurutnya, keputusan itu diambil bukan mencari kemenangan semata-mata namun demi anak-anak Semenyih dan akan membuat beberapa inisiatif di Semenyih sama seperti dilaksanakan di kawasan Puchong ketika ini sekiranya dipilih pengundi.

Iklan
Iklan

"Saya lihat anak-anak Semenyih perlukan perkhidmatan asas seperti Teksi 10 sen, van jenazah dan ambulans memandangkan kawasan itu terletak agak jauh dari Hospital Kajang.

"Ketika ini Semenyih tidak ada bas yang terus dari kawasan kampung ke hospital. Saya rasa kita perlu bantu penduduk Semenyih," katanya ketika ditemui pada sambutan Tahun Baru Cina di kediamannya di sini, hari ini.

Iklan

Chee Heng berkata, aku janji di PRK Semenyih akan dibuatnya secara bersumpah sebagai tanda kerjasamanya sebagai calon bebas dan akan menunaikannya jika dipilih sebagai pemenang.

"Tapi, saya tetap akan bantu jika kalah. Cuma, saya sedih kerana kebanyakan calon yang sebelum ini berjanji macam-macam tapi menghilangkan diri selepas PRU dan tidak mengendahkan pengundi.

Iklan

"Ini tunjukkan sikap yang palsu kerana hanya akan bertugas sekiranya diberi kemenangan. Saya saran bakal calon tunai janji dan bukan hanya berjanji kosong serta panas,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, manifesto tidak akan diberikannya ketika berkempen kerana ia hanya satu janji yang tidak boleh dikuatkuasakan pengundi di mahkamah.

"Saya berjanji tugas saya adalah untuk mencari akhirat dan bukan kemenangan di Dun Semenyih semata-mata," katanya