Judul: HADI MENGEJAR PENCURI
Penulis: HATTA KAIN KAPAN
Penerbit: BUKU POJOK

BAB 1 (bahagian 2):

MAAF. I TAK NAK.

“Tapi, tapi kenapa? You dah ada orang lain?” “Tak. I tak ada orang lain. I cuma tak nak.” “Tapi, tapi kenapa? You takut nak masuk Islam? Tapi you pernah kata you tak kisah pun kan kalau bertemu jodoh dengan orang Melayu. Kan?”

“I tahu you orang Melayu. Tapi I nak kahwin dengan orang Islam...”

“Wait. Wait. I tak faham.”

“Maksud I, takkan I nak kahwin dengan lelaki Melayu Islam yang waktu maghrib rileks je minum kopi dengan I kat Starbucks?”

“Sebab tu je? Come on lah! Okay, okay. I bagi you masa untuk you fikir lagi. Berapa hari you nak? Dua hari? Tiga hari?”

“No need. I tak nak.”

“Tapi kenapa? Apa kurangnya I?”

“Kurangnya, you tak solat. Tak solat bermakna tak patuh agama. Tak patuh agama means tak patuh Tuhan. Takkan I nak kahwin dengan orang yang percaya Tuhan tapi tak mempertuhankan Tuhan?”

“Apa? Apa maksud you ni?”

“Hadi. I mungkin akan menangis seminggu sebab tolak lamaran you. Yes, I dah mula ada hati pada you, I mula sayang pada you... tapi... I tak rela menangis sebab setuju kahwin dengan lelaki yang tak boleh nak bimbing I bila I dah masuk Islam nanti.”

“Okey, okey. Sekarang you nak I buat apa untuk you terima I?”

“I nak you jadi muslim sejati. Bukan muslim dalam kad pengenalan. Boleh?”

“You’re joking right?” Spontan waktu itu Janice mengongsikan link sebuah klip video kuliah agama berdurasi satu jam 15 minit.

“Apa ni?”

“You buka link tu. Now! And forward ke minit 15...”

Hadi sekarang menurut sahaja waktu itu walaupun hatinya sudah mula diburu rasa kurang enak. Sehinggalah kata-kata sang penceramah itu kedengaran melalui telefon bimbit Hadi...

“Bertaubatlah. Kembali ucapkan syahadah. Tunaikanlah solat. Sesungguhnya solat itu tunjang kekuatan iman seorang muslim” (Ustaz You Tube, petikan minit ke 15 dari durasi satu jam lima minit siri ceramah)

“You dengar apa ustaz tu cakap Hadi?”

“Mengucap? Taubat? Solat?”

“Yes. And you kena buat tu semua.”

“Janice, Janice. You ingat ini drama TV pukul tujuh ke? Suka-suka letak syarat itu ini? Lepas tu I akan ikut demi cinta I and at the end I dapat hidayah? Macam tu? Come on lah...”

“Jadi I terpaksa tolak pinangan or lamaran you tu...”

“Okey Janice. Okey. I boleh buat apa yang you suruh, tapi perkara taubat ni semua bukan perkara main-main. Macam mana kalau I taubat apa ni semua tapi tak ikhlas? I tak nak jadi hipokrit Janice. I nak jadi diri I sendiri.” “Jadi, sekali lagi I tolak pinangan or lamaran you tu...”

“Okey! Okey! You dengar dulu. Umur I sekarang 25 tahun. Maknanya bukan setahun dua,  tapi dah dekat 15 tahun I tak solat ni semua. So, you ingat Tuhan nak ke terima I?”

“Hadi, pelacur yang bagi anjing minum pun Tuhan terima amalannya, kan? So? Tuhan yang you tak ikut dah beri you peluang sekali lagi. You kena anggap takdir you jatuh cinta pada I ialah anugerah Tuhan pada you untuk you kembali kenal apa agama you.”

“Tapi...”

“No tapi-tapi Hadi. Jangan sia-siakan rasa cinta yang Tuhan beri ni.”

Akhirnya Hadi akur. Bukan bermaksud Hadi menolak untuk bertaubat atau apa, tetapi dia merasakan dia masih belum bersedia. Bagi Hadi, hidayah itu terlalu mahal dan telah terlalu jauh meninggalkannya malah dia merasakan takkan ada hidayah yang akan datang padanya.

“Okey. Sekarang I nak kena buat apa?” Dan soalan itu mencambahkan idea yang Hadi anggap gila dan mustahil.

“First, I nak you potong jambul perang you. Lepas tu jangan pakai lagi bangle atau neckless whatever. Lepas tu I nak dalam masa tiga bulan, you wajib solat berjemaah di masjid setiap waktu. No excuse at all!”

“What?!!! You’re kidding right?!”

“Eh! I seriuslah. I pernah dengar seorang ustaz ni kata, kunci kehebatan pejuang Islam dulu ialah dengan solat berjemaah selain dari solat awal pagi.”

“Semua waktu? Including subuh? Berjemaah? Di masjid?”

“Of course lah. Kalau you tak biasakan diri dari sekarang, siapa nak kejutkan I untuk solat subuh bila kita kahwin nanti? Alarm clock? Then you kahwinlah dengan jam loceng.”

“Okey. Semua waktu I janji I akan ikut apa you suruh, tapi subuh tu...”

“Tiang agama tu lima. Tumbang satu, rosaklah semua. Please sayang. Demi cinta you pada I...”

“Damn! Why do I need to agree on this? Why?!” Dan mahu tidak mahu, Hadi terpaksa bersetuju atas rasa cinta dan sayangnya pada Janice. Awalnya, terlintas di hatinya, kalau aku tak pergi masjid pun dia bukan tahu. Tapi ternyata Janice lebih bijak membaca fikiran Hadi.

“I tahu, mesti you terfikir nak menipu I nanti kan? I tak boleh halang you kalau you memang ada niat macam tu. Tapi I tak pernah jatuh cinta. Kalau you nak I jatuh cinta dengan you, I really hope you jujur dan tak akan kecewakan I.”

“Dan one thing. Pak cik I pandai black magic. Cubalah menipu kalau nak tengok alat sulit you tumbuh dekat dahi.”

“Okey! Okey! Fine! Fine! Bila I kena mula semua ni?”

“Esok! Period! No excuse at all!”

“What? I belum ready okay!! I nak kena stop pergi kelab dulu, then stop...”

“No, no, no. No excuse at all. If you want me, take it as a challenge. Kalau tak nak, I ada simpan nombor telefon naib juara imam muda. I rasa imam muda tu pun minat dekat I. Mesti dia boleh bimbing I. Dahlah selebriti, handsome pulak...”

“Aaaargh! Okey! Okey! Fine! Fine! I mula esok!” Bermula dari itu, sesukar dan sesibuk mana pun, Hadi akan ke masjid untuk solat berjemaah termasuk subuh. Ia bukan proses mudah terutama waktu subuh kerana Hadi gemar berhibur di kelab malam hingga awal pagi, malah terkadang meneguk minuman keras untuk meraikan rakan-rakan.

Azimat kekuatannya, setiap malam Hadi akan merenung wajah Janice di gambar, kemudian berbicara dengannya dan tidur sambil memeluk gambar wajah kesayangannya. Dan Janice juga turut sama membantu. Hampir setiap waktu Janice akan menghubungi Hadi dan bertanyakan status ‘berjemaahnya’.

Itu bisa cinta Janice. Walau belum bergelar muslimah, namun bisanya bak ustazah.

Alamak! Belum flush! Entah bagaimana Hadi boleh menerawang hingga bertemu Janice di putar layar lalu hingga terlupa dia masih di dalam tandas dan sisa hajatnya masih belum dihantar ke tempat yang sepatutnya.

Lantas, tombol putih yang terjuntai ditarik perlahan. Senyap. Tiada air yang berebut keluar. Hadi tertanya-tanya. Dia mencapai lagi tombol putih itu. Kali ini tombol itu ditarik dengan lebih kuat dan kasar.

Tiada juga air yang berasak keluar. Hadi mula bingung. Rosak ke? Rasanya tadi sebelum hajatnya dilepaskan, pam itu sudah diuji keberkesanannya. Jadi, mana mungkin rosak? Lantas, tombol penarik putih itu ditarik lagi. Kali ini dengan lebih kuat.

Krek! Prak!

Alamak! Tercabut? Patah?!! Hadi gelabah. Dahinya berpeluh-peluh. Tombol putih itu masih ditangan, dengan talinya layu terkulai mencium lantai. Apa aku nak buat ni? Takkan biar je? Terbit rasa sesal dihati kerana singgah melepas hajat di stesen minyak ini.

Tapi apakan daya, remang bulu tengkuknya sudah terlalu lama, belum dicampur dengan leleh peluh didahi yang membasahi wajah serta kembang-kuncup hidungnya menghidu aroma dari perut.

Hadi cuba memerhati sekeliling ruang kecil itu mencari idea. Yang banyak cuma kesan karya lelaki gersang yang menjaja jantina si hawa. Dangkal.

Inilah kerja manusia yang tak menghargai harta awam! Huh! Terdetik sedikit amarah dijiwa atas ketidakpuasan hati terhadap insan sejantinanya. Oh ya! Paip! Hadi membuka paip besi yang tersimen ampuh di dinding. Wah! Air tak ada pulak? Kenapa tiba-tiba tak ada air? Damn! Apa nak buat ni? Hadi meninjau-ninjau pengepam air yang melekat di dinding.

Jika perlu diperbaiki, pasti memakan masa. Kemudian, pasti pakaian akan kotor. Bila pakaian telah kotor, perlu pergi mencari pakaian lain. Untuk mencari pakaian lain, pasti melewatkan waktu untuk ke masjid. Terlewat ke masjid bermakna, hasratnya untuk solat di awal waktu pasti lebur.

Tak dapat solat awal waktu bermakna tak dapat solat berjemaah. Tak dapat solat berjemaah bermakna, pengakhiran episod cintanya dan Janice! “Jangan memudaratkan atas sesuatu yang mudarat” (31 Disember - Ustaz You Tube, petikan minit ke 25 dari durasi 1 jam 55 minit siri ceramah).

Pesan seorang ustaz di laman perkongsian video You Tube tiba-tiba melintasi fikiran. Untuk kali ini, Hadi terpaksa mengambil pendekatan ini.

Lagi pula, ketika dia menggunakan tandas ini tadi pun, ianya tidak sebersih mana. Dan, stesen minyak jam ini pasti banyak keuntungan. Apalah sangat dengan setakat pengepam air di tandas. Sekelip mata ia boleh ditukar tanpa luak pun keuntungan mereka!

Dalam satu senyuman penuh iman, Hadi memilih jalan untuk keluar sahaja daripada tandas itu, meninggalkan sisa-sisa hajatnya yang meriah dengan pelbagai warna, rupa dan bentuk. Dan yang pasti, ia masih belum bersiram. Hatinya yakin membisik...

Ini, darurat.

(Bersambung…)

*HADI MENGEJAR PENCURI adalah sebuah novel karya Hatta Kain Kapan. Secara keseluruhannya, cerita ini banyak mengguna isu semasa yang sedang berlaku di negara kita seperti kes pembuangan bayi, kes saman sesama artis, pusat pelacuran (mak nyah) dan pelbagai lagi.  Whatsapp ke 011-2906 1240 atau terus ke mall.karangkraf.com untuk pembelian buku.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :