DALAM sehari, kebiasaannya kita akan menghabiskan masa antara 6-8 jam untuk tidur. Oleh itu, penting agar bilik tidur sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan tenang. Jika tersilap memilih warna bimbang kualiti tidur anda akan terganggu. Warna oren misalnya mungkin tampak menonjol dan cantik apabila dicat dalam bilik tidur. Tetapi tahukah anda, warna oren boleh merangsang deria untuk kekal aktif dan bertenaga?

Oleh itu, jika anda kurang arif dalam pemilihan warna cat di dalam bilik tidur, sebaiknya anda dapatkan panduan daripada pakar. Atau lebih selamat, anda pilih sahaja warna-warna lembut dan nampak sejuk untuk bilik tidur anda.

Berikut merupakan tip untuk anda memilih warna cat yang bersesuaian.

1. Gunakan roda warna ketika memilih cat seperti warna asas yang dapat membantu pemilihan warna terbaik untuk cat dan aksesori hiasan. Anda perlu fahami hubungan antara warna primer, warna sekunder dan warna tertiari.

2. Anda juga boleh memilih warna neutral kerana ia boleh digabungkan dengan apa sahaja warna. Warna ini dianggap selamat untuk semua warna dinding. Jika anda ingin menjual rumah anda nanti, kebanyakan pembeli lebih tertarik dengan warna bilik neutral berbanding warna kontras.

3.Cipta suasana yang diinginkan dengan warna. Warna mampu mempengaruhi suasana dan cara anda melihat ruang tidur. Warna yang nyaman dan segar memberi tenaga pada bilik tidur. Kombinasi warna seakan-akan warna panas dan sejuk akan mencipta tenaga bagi ruang tidur anda. Selain itu, pemilihan warna yang tepat mampu mengubah keluasan bilik tidur. Agar bilik kecil nampak lebih besar, warnakan ruang bilik tersebut dengan warna pucat dan sejuk. Jika ingin menampakkan bilik tidur anda lebih selesa, gunakan pula warna suam dan kehitaman.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MALAYSIA merupakan negara yang mempunyai suhu panas dengan cahaya matahari sepanjang tahun.
  • MENYEBUT nama Datuk Sharifah Shareen Nasreen Al Mashoor sudah dapat membayangkan kejayaan beliau dalam dunia perniagaan.
  • TAHUKAH anda, 6% kalangan dewasa mengalami ketagihan membeli-belah sepanjang kehidupan mereka? Angka tersebut berdasarkan kajian. Kajian juga menunjukkan 80-95% ketagihan membeli-belah berlaku kepada golongan wanita.
  • PENGGUNAAN karavan dan motorhome di Malaysia mungkin dilihat sebagai sesuatu yang baharu. Mungkin juga ada yang tidak pernah melihatnya ‘beraksi’ di jalan raya namun itu tidak menjadi penghalang bagi Nadiah Abas dan suaminya, Mohd Arne Haffnee Abas menceburi industri permotoran.
  • SITI Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali dengan nama Joy Revfa antara usahawan muda yang menempa nama di pentas bisnes. Sekujur wajah yang jelita milik wanita yang mesra dengan sapaan Joy ini sudah cukup meyakinkan perjalanan bisnes yang berpaksikan produk kecantikan dan kesihatan yang diusahakannya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.