REMPAH-RATUS sering digunakan sebagai penyedap masakan dan penambah aroma masakan. Tahukah anda bahawa cara menyimpan rempah-ratus di dapur sangat mempengaruhi ketahanan dan kualitinya? Berikut merupakan cara-cara betul menyimpan rempah-ratus di dapur agar ia tahan lebih lama. Ayuh praktikkan petua ini.

1.    Simpan rempah-ratus pada suhu bilik dan elakkan ia daripada terkena pancaran cahaya matahari secara terus. Cahaya matahari yang panas boleh menyebabkan rempah-ratus cepat berubah warna dan rosak.

2.    Rempah-ratus biji-bijian seperti buah keras, lada hitam, ketumbar, buah pelaga dan bunga cengkih mudah bercendawan. Cara mengatasinya, simpan rempah-ratus daripada jenis ini di dalam botol atau bekas kedap udara yang kering. Labelkan nama rempah dan catatkan tarikh anda menyimpannya.

3.    Untuk aneka rempah-ratus serbuk, gunakan bekas yang betul-betul kering dan kedap udara. Simpan di dalam kabinet pada suhu bilik. Jangan lupa mencatatkan tarikh anda menyimpannya.

4.    Simpan rempah-ratus giling di dalam peti sejuk. Rempah-ratus giling perlu disimpan di dalam bekas yang tertutup. Kemudian bungkus di dalam plastik yang berzip bagi mengekalkan kesegaran rempah. Dengan cara ini, ia mampu tahan lebih lama.

5.    Elakkan menyimpan rempah-ratus bersebelahan dengan peralatan yang panas seperti ketuhar, dapur gas dan ketuhar gelombang mikro.

6.    Cedok rempah dengan menggunakan sudu yang kering. Kehadiran lembapan boleh membuatkan rempah-ratus berkulat. Tanda-tanda ia sudah berkulat ialah apabila berlakunya perubahan warna pada rempah-ratus.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • APAKAH yang terlintas di minda anda apabila mendengar istilah pukau? Penulis percaya maksud yang mula-mula terbayang dalam otak para pembaca budiman ialah ia merupakan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang mengamalkan ilmu pukau untuk memukau mangsa agar dapat melakukan perkara-perkara buruk kepada mangsa.
  • AIR kosong sememangnya baik untuk kesihatan namun ramai di kalangan kita agak kurang minum air putih. Jika ingin memiliki kulit yang sihat, pengambilan air yang cukup amat penting bagi memastikan kulit sentiasa segar dan lembap.
  • SEBAGAI wanita tentunya anda ingin kelihatan sempurna daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki.
  • BUTIR-BUTIR kata yang dilontar daripada mulutnya ditambah dengan kelembutan suara, menyejukkan jiwa buat sesiapa yang mendengar.
  • MAKAN buah-buahan merupakan satu nikmat yang perlu kita hargai di dunia ini, di samping mendapat faedah kesihatan yang telah dibuktikan oleh kajian sains. Buah-buahan ialah makanan yang sedap dan manis serta sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Buah-buahan dan sayur-sayuran telah dipromosikan secara sejagat sebagai makanan kesihatan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.