FESYEN pakaian kanak-kanak semakin mendapat tempat di pasaran kerana sifat ibu bapa yang lebih terbuka memberi peluang kepada anakanak membuat pilihan sendiri.

Pada usia yang muda, kanak-kanak mula mencari identiti diri yang diekspresikan melalui pakaian.

Ini secara tidak langsung membentuk keyakinan dan keterampilan diri sejak di awal usia.

Petanda ini memberikan respons yang positif bahawa jenama pakaian kanak-kanak tempatan berpotensi menembusi pasaran antarabangsa dengan lebih meluas. Dalam masa yang sama, ia turut membuka peluang kepada pengusaha industri fesyen kanak-kanak mengembangkan perniagaan ke peringkat global.

Set pakaian kanak-kanak lelaki.

Tidak dapat dinafi kan belum banyak jenama pakaian kanak-kanak tempatan boleh didapati di pasaran sedangkan permintaannya amat menggalakkan. Mengambil peluang tersebut, pengasas jenama pakaian Tiny Button, Lim Chin Pang mengorak langkah melahirkan jenama pakaian kanak-kanak miliknya sendiri bagi mewarnai industri fesyen pakaian kanak-kanak yang kian berkembang pesat.

Sebagai Pengasas Tiny Button, Lim Chin Pang turut dibantu oleh anak perempuannya, Lim Jia Rou.

Meskipun baharu lebih setahun di pasaran, Tiny Button semakin mendapat tempat di kalangan ibu bapa yang mementingkan soal etika berpakaian anak-anak mereka.

“Tiny Button telah didaftarkan pada tahun 2014 dan mula dipasarkan sejak tahun 2015. Sebelum ini saya pernah terlibat dalam pengilangan pakaian kanak-kanak. Kebetulan ketiga-tiga anak saya belajar di London.

“Peluang yang ada ini digunakan untuk mengeluarkan jenama sendiri. Anak sulung saya menuntut dalam bidang seni rekaan fesyen di London. Boleh dikatakan rekaan fesyen pakaian Tiny Button mengambil inspirasi dari bumi London. Tiny Button juga sebenarnya telah didaftarkan di London,” ujar Chin Pang membuka perbualannya.

Bukan itu sahaja,  Chin Pang juga punya banyak pengalaman dalam dunia fesyen pakaian kanak-kanak. Pengalaman yang dikutip selama 30 tahun dalam industri pakaian kanak-kanak membuka lebih peluang kepada Lim Chin Pang untuk meneroka pasaran fesyen pakaian kanakkanak secara menyeluruh dan tanpa sempadan.

Kualiti Produk

Menyedari potensi yang ada di hadapannya, Lim Chin Pang menyusun strategi untuk meluaskan lagi label Tiny Button. Langkah utama yang perlu dilakukan ialah dengan membina pengaruh Tiny Button di pasaran tempatan sebelum meluaskan jajahan di peringkat antarabangsa.

“Koleksi pakaian kanak-kanak Tiny Button boleh didapati di kaunter-kaunter jualan seperti di Parkson Grand, AEON Departmental Store, Pacifi c Departmental Store, Sunshine Square dan gedung-gedung utama yang lain. Namun koleksi ini boleh didapati paling banyak di Parkson Grand dan AEON Departmental Store. Terbaharu, jenama Tiny Button juga boleh dibeli di Sogo Kuala Lumpur.

“Sasaran utama kami pasti untuk semua golongan ibu di Malaysia. Selepas berjaya membina pengaruh di pasaran tempatan, kami akan menembusi pasaran di peringkat Asia. Visi kami ialah untuk memasarkan jenama kami di seluruh Asia tetapi setakat ini pasaran utama kami ialah di Malaysia.

“Kami berharap jenama Tiny Button akan mendapat tempat di kalangan ibu pelbagai kaum. Malah Tiny Button turut menyediakan rekaan fesyen yang pelbagai untuk memberi lebih banyak pilihan kepada ibu-ibu kerana seperti yang kita sedia ketahui, semua ibu inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka,” jelas Chin Pang.

Ternyata berbaloi untuk memiliki koleksi pakaian kanak-kanak Tiny Button ini. Bukan sahaja harganya yang sangat berpatutan dan menyediakan rekaan fesyen yang menarik serta bervariasi, paling utama Tiny Button juga menyajikan hanya produk yang berkualiti tinggi untuk para pengguna.

Set pakaian kanak-kanak perempuan.

“Kami menggunakan fabrik yang bermutu tinggi setanding dengan jenamajenama yang ada di pasaran dengan koleksi pakaian bermula seawal usia satu tahun hingga 12 tahun. Fabrik kapas

menjadi pilihan kami kerana Tiny Button amat mementingkan keselesaan. Kulit kanak-kanak terlalu sensitif jadi fabrik kapas merupakan fabrik yang paling selesa dan selamat untuk kanak-kanak berbanding fabrik sintetik.

“Fabrik kapas juga mempunyai banyak kelebihan kerana ia menyerap peluh, malah sesuai dengan cuaca di Malaysia yang panas. Selain itu, fabrik kapas juga membenarkan kulit ‘bernafas’ dengan lebih baik, jadi kanak-kanak akan berasa selesa setiap kali menyarungkan pakaian jenama ini di tubuh mereka,” celah  Jia Rou.

Pasaran Antarabangsa

Kelebihan dan kekuatan yang ada pada jenama Tiny Button terletak pada kepelbagaian koleksi kerana setiap minggu, jenama ini akan melancarkan koleksi terbaharu mereka. Pendek kata, ibu bapa punya banyak pilihan pakaian untuk anak-anak kerana setiap minggu akan ada sahaja rekaan fesyen pakaian terbaharu keluaran Tiny Button.

“Oleh kerana sasaran utama pemasaran Tiny Button ialah di kaunterkaunter jualan maka buat masa ini belum ada lagi jualan yang dibuat melalui atas talian. Kami akan mula melangkah ke pasaran atas talian secara sedikit demi sedikit agar lebih ramai pengguna dapat memiliki produk-produk kami.

“Apa yang membanggakan kami, Tiny Button sudah pun menembusi pasaran antarabangsa di Myanmar dan Indonesia. Sambutan yang diterima oleh masyarakat di sana juga sangat memberangsangkan,

malah kami sendiri amat terkejut dengan respons yang telah diberikan. Di Myanmar misalnya, kekuatan kami terletak pada soal harga yang kompetitif berbanding jenama-jenama lain.

“Strategi kami juga amat berbeza kerana kami tidak menggunakan khidmat pengedar tetapi kami pasarkan produk secara terus melalui peruncit. Maka sebab itulah harga kami sangat-sangat kompetitif dan mampu milik. Kami juga bercadang untuk menembusi pasaran Kemboja, Vietnam dan Brunei Darussalam namun ia masih dalam perbincangan,” terang  Jia Rou.

Kukuhkan Jenama

Daripada segi persaingan tidak dinafi kan banyak jenama pakaian kanak-kanak yang ada di pasaran. Kelebihan Tiny Button mengeluarkan rekaan terbaharu setiap minggu ternyata membuatkan pengguna setia kerana mereka suka kepada barangan yang baharu.

“Pelanggan kami disajikan dengan pilihan terkini pada setiap minggu. Kelebihan ini kami jadikan sebagai senjata paling ampuh untuk bersaing dengan jenama-jenama lain di pasaran. Jadi kami mengambil peluang ini untuk terus menambat hati pengguna.

Pendek kata, variasi produk merupakan kekuatan yang ada pada Tiny Button.

“Strategi pemasaran kami terletak daripada segi variasi, kualiti dan harga yang berpatutan. Kami tidak seperti jenama-jenama lain yang sering mengadakan jualan dengan diskaun tinggi seperti potongan harga sehingga 50 peratus, 30 peratus. Apa yang kami perhatikan, para pelanggan gemar dengan variasi rekaan fesyen yang pelbagai, kualiti produk dan harga yang berpatutan serta mampu untuk dimiliki, malah ciri-ciri ini ada pada Tiny Button.

“Impaknya begitu mengagumkan kerana pelanggan akan terus kekal bersama jenama kami. Jujur saya katakan dengan tiga strategi pemasaran ini Tiny Button mampu berdiri kukuh setanding dengan jenama-jenama lain yang sudah lama bertapak di pasaran meskipun usianya masih setahun jagung,” ujar Chin Pang.

Menyentuh tentang francais, buat masa sekarang, Tiny Button belum mempunyai perancangan ke arah itu.

Bukan mudah untuk mengaplikasikan konsep francais dalam sesebuah perniagaan kerana ia memerlukan persediaan daripada pelbagai sudut.

“Projek untuk francais itu mungkin akan menjadi perancangan masa hadapan memandangkan Tiny Button masih baharu di pasaran. Fokus utama kami ialah untuk terus memperkasakan jenama Tiny Button di kalangan pengguna.

“Pada masa akan datang, kami berhasrat untuk memperkenalkan koleksi bayi yang dijangka pelancarannya pada bulan Oktober ini. Pelancaran koleksi pakaian untuk bayi ini merupakan satu langkah untuk kami mengembangkan dan mengukuhkan lagi jenama Tiny Button di pasaran.

“Untuk terus mengembangkan lagi jenama Tiny Button dan juga jajahan pasaran, kami perlu mengadakan kempen secara berterusan. Ia ibarat nadi bagi memastikan jenama Tiny Button terus dikenali bukan sahaja di arena pasaran tempatan tetapi juga di luar negara,” akhiri Chin Pang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MENURUT Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet mengatakan ketika berasa lapar, gula dalam darah akan rendah menyebabkan kita tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah kita akan berusaha mencari makanan atau snek.
  • SAPUAN gincu di bibir bukan sekadar olesan semata-mata. Sebenarnya olesan gincu bibir memberi impak kepada keseluruhan solekan pada wajah. Jangan sesekali memandang remeh dalam soal memilih gincu bibir yang sesuai dengan anda. Berikut lapan teknik mengoles gincu yang betul.
  • INDUSTRI makanan merupakan salah satu cabang bisnes yang sentiasa mempunyai prospek untuk dikembangkan selain mempunyai masa depan yang cerah. Makanan dan perniagaan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Menyedari hakikat ini maka bisnes berasaskan makanan menjadi satu cabang bisnes yang tidak lapuk dek zaman.
  • STRES atau tekanan adalah keadaan di mana anda mengalami rasa yang tanggungjawab kerja, rumahtangga, sekolah dan hubungan dengan pasangan yang terbeban di bahu anda melebihi kemampuan anda untuk melaksanakannya.
  • PENULIS percaya anda biasa dengar ungkapan mimpi siang hari. Ia sebenarnya merupakan terjemahan langsung daripada istilah Bahasa Inggeris daydreaming. Semakan penulis menggunakan kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka menemukan beberapa istilah berpadanan sebagai maksud daydreaming termasuk berangan-angan, berkhayal dan mengelamun.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.