GULATI’S Silk, nama yang tidak asing lagi dalam menyediakan pelbagai jenis fabrik bermutu tinggi dan dijual pada harga berpatutan.

Bermula sebagai sebuah kedai kecil sekitar tahun 1994, kini Gulati’s memiliki empayar yang cukup gah dalam industri tekstil sehingga berjaya membuka lebih daripada 20 buah cawangan di seluruh Malaysia.

Selain menawarkan seleksi fabrik yang cukup eksentrik, pilihan ready-to-wear di bawah jenama Aalia juga memiliki pelbagai koleksi raya yang bakal menghangatkan lebaran.

Koleksi baju kurung, jubah dan baju Melayu dengan sentuhan fesyen terkini pastinya memberikan gaya yang lebih elegan dan stailo buat penampilan anda.

Menurut Pengarah Eksekutif Gulati’s, Jasleen Kaur, 43, Koleksi Raya Gulati’s 2017 menggunakan fabrik terbaharu dan bermutu tinggi. Setiap Koleksi Raya Gulati’s 2017 menggunakan fabrik dari Gulati’s dan Euro Moda. Tidak hairanlah setiap helaian yang dihasilkan dari gedung fabrik terkemuka ini menjanjikan keselesaan dengan jaminan kualiti yang berpanjangan.

“Di Gulati’s, pelanggan tidak perlu bimbang tentang mutu fabrik kerana misi utama kami adalah untuk memberikan kepuasan buat pelanggan. Setiap tahun, kami sentiasa menawarkan pilihan fabrik yang terbaik mengikut kesesuaian cuaca di Malaysia. Selain itu, kami turut menyediakan pilihan busana mengikut trend semasa atas permintaan pelanggan.

“Bagi tahun ini, kami mengeluarkan koleksi jubah dan baju kurung di mana kami tampilkan baju kurung bercorak atau motif border (Plain & Patching). Selain itu, kami menggunakan teknik suai padan (Fabric Barcode & Plain Tafetta) bagi mencetuskan kelainan buat koleksi pada tahun ini,” ujar Jasleen.

Gulati’s juga menawarkan pilihan selendang dan tudung yang boleh digayakan bersama busana pilihan. Cetusan motif eksklusif dengan percikan rona anggun tentu sahaja memberikan gaya yang lebih menawan di hari lebaran. Selain itu, Gulati’s turut mempunyai koleksi raya buat kanak-kanak. Ia termasuk koleksi baju kurung dan baju Melayu yang didatangkan dengan pelbagai variasi motif serta warna.

Dengan tawaran harga berpatutan, Gulati’s sentiasa memastikan setiap koleksi yang dihasilkan mendapat kepuasan pelanggan.

Pilihan fabrik yang tepat untuk disarungkan di hari lebaran menjadi keutamaan buat Gulati’s agar pelanggan sentiasa rasa selesa ketika memakai Koleksi Raya Gulati’s 2017.

Malah pelanggan juga bebas membuat pilihan mengikut bentuk tubuh kerana Gulati’s menawarkan saiz dari XS sehingga 3XL.

“Gulati’s menawarkan pelbagai jenis kain, corak dan warna. Selain sutera asli, kami turut menampilkan como crepe, lycra, crepe printed, plain valentizo, fabrik renda dan broked buat koleksi raya tahun ini.

Pelbagai pilihan tudung dan selendang jenama Aalia untuk penggayaan di hari lebaran.

Tidak ketinggalan, terdapat juga koleksi eksklusif raya di mana ia menggunakan fabrik yang lebih eksklusif. Walau bagaimanapun, harganya sedikit mahal dan kami mengeluarkannya dalam kuantiti yang terhad,” tambah Jasleen.

Koleksi Raya Gulati’s 2017 juga mempunyai koleksi sedondon yang membolehkan pelanggan memilih rona dan potongan mengikut tema keluarga masing-masing.

Lebih menarik lagi, pelanggan yang membeli koleksi baju Melayu berharga RM138 akan mendapat kain samping secara percuma yang boleh dipadankan bersama baju Melayu pilihan. Kesemua Koleksi Raya Gulati’s 2017 boleh didapati di semua cawangan Gulati’s di seluruh Malaysia.

“Jangan gusar untuk membeli fabrik mahupun pakaian di Gulati’s. Bersandarkan pada prinsip jualan Harga Rendah Mutu Terjamin, pelanggan tidak perlu ragu-ragu kerana harga yang ditawarkan berpatutan. Kami juga akan memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk yang dikeluarkan, malah berharap agar pelanggan terus setia bersama Gulati’s. Gulati’s tetap memberikan produk yang terbaik daripada segi kualiti dan jaminan harga yang sangat berpatutan”, jelas Jasleen menutup bicaranya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAHUKAH anda, 6% kalangan dewasa mengalami ketagihan membeli-belah sepanjang kehidupan mereka? Angka tersebut berdasarkan kajian. Kajian juga menunjukkan 80-95% ketagihan membeli-belah berlaku kepada golongan wanita.
  • PENGGUNAAN karavan dan motorhome di Malaysia mungkin dilihat sebagai sesuatu yang baharu. Mungkin juga ada yang tidak pernah melihatnya ‘beraksi’ di jalan raya namun itu tidak menjadi penghalang bagi Nadiah Abas dan suaminya, Mohd Arne Haffnee Abas menceburi industri permotoran.
  • DOGMATISME ialah kata terbitan yang berasal daripada istilah dogma. Dogma merujuk kepada ajaran atau kepercayaan yang harus diterima begitu sahaja tanpa soal jawab atau bantahan. Lihat definisi asal dalam kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • MASALAH berat badan berlebihan merupakan satu masalah yang semakin serius dalam masyarakat kita di Malaysia hari ini. Ramai yang mengambil pendekatan mengurangkan makan dan bersenam untuk menurunkan berat badan. Namun tanpa kita sedari, ada yang membuat kesilapan dalam usaha menurunkan berat badan.
  • SITI Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali dengan nama Joy Revfa antara usahawan muda yang menempa nama di pentas bisnes. Sekujur wajah yang jelita milik wanita yang mesra dengan sapaan Joy ini sudah cukup meyakinkan perjalanan bisnes yang berpaksikan produk kecantikan dan kesihatan yang diusahakannya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.