DI mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pepatah inilah yang menjadi pegangan kepada Nurul Mas Ayu Dolmat, 26, untuk terus mengorak langkah dan berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Berpegang kepada prinsip bukan senang untuk menjadi senang telah membuatkan Ayu tekad untuk berubah membantu keluarga.

Memulakan bicara, Ayu sebenarnya tidak menyangka boleh pergi jauh walaupun baru beberapa bulan menceburi RICHBSC769.

“Penglibatan saya dalam RICHBSC769 bermula apabila saya melihat iklannya di media sosial iaitu Facebook dan Instagram. Melihat kejayaan rakan-rakan yang masih muda dan berjaya memperoleh pendapatan besar setiap bulan membuatkan saya tergerak hati mengetahuinya lebih lanjut.

“Lagipun pada masa itu saya baru berhenti kerja dan melahirkan anak. Memikirkan peluang mencari kerja yang begitu sukar dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, saya menanam impian untuk mencuba nasib," katanya.

Ayu berkata, hampir enam bulan menyertai RICHBSC769 ini telah membuka mata dan pemikiran untuk terus maju ke hadapan. Malah ia mengubah rutin hariannya menjadi lebih teratur dan efektif.

“Sungguhpun dalam keadaan sekarang saya sedang membesarkan anak lelaki, Irfan Zawir, 8 bulan, saya dapati tiada tekanan mahu pun kekangan masa dalam menguruskan hal keluarga dan kerjaya.

“Saya bersyukur diperkenalkan dengan RICHBSC769 kerana banyak aspek kehidupan harian yang kita lalui hari ini diberi pencerahan contohnya membina keyakinan diri, melatih diri bersikap positif, dan pengurusan masa.

“Lebih menarik lagi, ramai kenalan baharu dari pelbagai peringkat usia, pangkat dan bangsa menjadi sebahagian ahli keluarga dalam bidang ini. Saya percaya pada rezeki kerana setiap usaha itu pasti diiringi kejayaan cuma cepat atau lambat sahaja,” ujarnya.


Boleh berjaya selagi ada kemahuan

Anak kelahiran Shah Alam ini turut berkata, dengan memperuntukkan hanya satu hingga dua jam sehari secara online, sistem ini terbukti mudah dan berkesan dan telah berjaya memberi pendapatan lima hingga enam angka sebulan kepada kami suami isteri.

Sejak menceburi perniagaan ini, kini Ayu boleh membuktikan bahawa suri rumah bukanlah golongan yang duduk di rumah sahaja. Jika rajin berusaha dan mempunyai keazaman tinggi tidak mustahil kejayaan boleh dikecapi.

“Memang saya akui semasa mengambil keputusan berhenti kerja, orang sekeliling seolah-olah memandang serong. Lebih-lebih lagi apabila kita mempunyai ijazah.

“Namun ini semua dapat di atasi dalam masa yang singkat dan mudah. Apa yang boleh saya katakan apabila kita mempunyai niat dan matlamat yang jelas, segala kesukaran pasti akan berjaya diatasi," akhirinya.


Bukan halangan besar

Sementara itu, bagi Nur Qamarina Azmi, 22, status sebagai penuntut Management & Science University (MSU) bukan halangan besar kepadanya untuk menceburi bidang perniagaan. Walaupun masih belajar tiada langsung rasa takut untuk mencuba bidang ini.

Mungkin bagi sesetengah individu yang masih bergelar penuntut, waktu belajar hanya akan difokuskan untuk belajar.

Bagaimanapun, bagi Qamarina yang dilahirkan dalam keluarga sederhana dan dalam masa sama memerlukan perbelanjaan besar sepanjang menuntut di universiti semua itu perlu diusahakan agar tidak menyusahkan kedua ibu bapa.

Menyedari hakikat itu, dia mula berjinak-jinak dengan kumpulan RICHBSC769 pada Mac lalu setelah mendapat persetujuan kedua ibu bapanya.

"Tiada apa yang saya kejar kecuali pendapatan sampingan untuk menampung kos pembelajaran saya sepanjang di universiti tanpa menyusahkan orang tua. Jika ada rezeki lebih saya boleh berkongsi dengan ibu bapa dan adik-beradik lain.   

"Walaupun hampir tujuh bulan bersama BSC, saya tidak rasakan ia mengganggu status sebagai penuntut, tetapi telah mengubah rutin harian saya menjadi lebih efektif dan bersemangat.

"Tugasan dan aktiviti pembelajaran tidak sama sekali mematahkan semangat serta impian saya untuk meneruskan aktiviti dalam BSC. Biasanya antara pelajaran dan kerja sampingan, saya akan dahulukan tugasan belajar.

"Selalunya pada hujung minggu barulah saya akan memfokuskan kepada aktiviti BSC. Dengan masa yang lebih fleksibel ia memudahkan saya membuat perancangan teliti selain bantuan daripada mentor yang tidak jemu membantu sepanjang masa," katanya.


Keputusan yang tepat

Menyedari bahawa persaingan dalam bidang pekerjaan hari ini yang semakin mencabar, Qamarina menganggap keputusannya menceburi RICHBSC769 ini suatu yang tepat.

"Sekurang-kurangnya saya sudah mempunyai platform dan tidak hanya mengharapkan kepada pekerjaan makan gaji sahaja selepas menamatkan pengajian nanti. Sekarang semua perlu lebih kreatif dan tidak hanya berada di takuk lama.

"Sebolehnya saya hendak buktikan kepada masyarakat anak muda zaman kini sudah boleh berdikari dan berjaya jika kena pada caranya.

"Alhamdulillah bersama RICHBSC769 sebenarnya banyak membantu saya menjadi lebih matang dan paling penting dapat berada di zon selesa. Prinsip saya untuk buat sesuatu pekerjaan itu biarlah sampai berjaya kerana setiap kejayaan yang kita kecapi berbekalkan usaha yang tidak pernah jemu," jelasnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MAKAN buah-buahan merupakan satu nikmat yang perlu kita hargai di dunia ini, di samping mendapat faedah kesihatan yang telah dibuktikan oleh kajian sains. Buah-buahan ialah makanan yang sedap dan manis serta sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Buah-buahan dan sayur-sayuran telah dipromosikan secara sejagat sebagai makanan kesihatan.
  • MUDA, cantik dan berkaliber dalam menguruskan bisnes berpaksikan kecantikan.
  • Penjagaan rambut untuk wanita berhijab sememangnya penting. Berhijab bukanlah satu alasan untuk anda mengabaikan penjagaan dan kecantikan rambut. Tanpa penjagaan yang sempurna, rambut akan mudah rosak, kering, rapuh dan berkelemumur kerana ia tertutup dalam tempoh yang lama.
  • Adakala terdetik di hati, inginkan suasana kediaman seperti yang terpampang di rancangan televisyen. Apakah kita mampu untuk menjadikan destinasi tersebut sebagai satu inspirasi
  • MALAYSIA merupakan negara yang mempunyai suhu panas dengan cahaya matahari sepanjang tahun.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.