BAGI anda yang berhasrat untuk memakai kanta lekap, pastikan anda mengetahui tip penjagaan dan pemakaian ‘aksesori’ mata ini dengan cara yang betul dan selamat. Ia penting bagi memastikan mata anda tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.

1. Pastikan anda membeli kanta lekap daripada optometri berlesen. Jangan sesekali membeli kanta lekap daripada jurujual kaunter atau internet kerana dikhuatiri ia akan meninggalkan kesan negatif kepada mata anda.

2. Dapatkan pemeriksaan selepas anda menggunakan kanta lekap dalam tempoh yang panjang kerana ada kemungkinan ia boleh mengubah fisiologi mata ataupun menimbulkan sebarang komplikasi.  

3. Jangan sesekali memakai kanta lekap jika ia sudah tamat tempoh yang ditetapkan atau rosak kerana ia boleh memudaratkan mata.

4. Kanta lekap bersifat lembut dan mudah kering apabila ia terdedah kepada haba. Memakai kanta lekap di dalam bilik yang berhawa dingin boleh menyebabkan mata mudah kering. Oleh itu, pakailah penitis mata agar mata anda kekal lembap.

5. Pastikan anda mementingkan kebersihan tangan sama ada sebelum, semasa atau selepas memakai kanta lekap. Basuh dan keringkan tangan anda terlebih dahulu sebelum anda menyentuh kanta lekap.

6. Jangan sesekali membasuh kanta lekap anda dengan menggunakan air paip, air suling yang dibuat sendiri atau menggunakan larutan pencuci yang telah tamat tempoh. Tempoh luput larutan pencuci kanta lekap yang telah dibuka pula ialah tiga bulan selepas larutan tersebut dibuka.

7. Cuci dan rendam kanta lekap dengan multipurpose solution yang disarankan oleh optometri.

8. Buang larutan rendaman dalam bekas penyimpanan setiap kali selepas anda memakai kanta lekap. Gunakan larutan rendaman yang baharu ketika hendak merendam kanta lekap semula.

9. Jangan sesekali berkongsi kanta lekap anda dengan orang lain.

10. Pastikan anda memakai kanta lekap sebelum anda memakai alat solek dan buka kanta lekap sebelum mencuci solekan.

11. Seperti kanta lekap, bekas penyimpanannya juga harus ditukar sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi mengelakkan kuman membiak dalam bekas tersebut.

12. Simpan bekas penyimpanan kanta lekap dalam suhu bilik atau persekitaran yang kering. Elakkan daripada menyimpannya dalam bilik air atau persekitaran yang lembap.  

13. Jika mata anda bermasalah seperti merah, kabur atau pedih, berhentilah daripada memakai kanta lekap dan jumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat tentang masalah mata anda.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MENURUT Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet mengatakan ketika berasa lapar, gula dalam darah akan rendah menyebabkan kita tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah kita akan berusaha mencari makanan atau snek.
  • SAPUAN gincu di bibir bukan sekadar olesan semata-mata. Sebenarnya olesan gincu bibir memberi impak kepada keseluruhan solekan pada wajah. Jangan sesekali memandang remeh dalam soal memilih gincu bibir yang sesuai dengan anda. Berikut lapan teknik mengoles gincu yang betul.
  • INDUSTRI makanan merupakan salah satu cabang bisnes yang sentiasa mempunyai prospek untuk dikembangkan selain mempunyai masa depan yang cerah. Makanan dan perniagaan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Menyedari hakikat ini maka bisnes berasaskan makanan menjadi satu cabang bisnes yang tidak lapuk dek zaman.
  • STRES atau tekanan adalah keadaan di mana anda mengalami rasa yang tanggungjawab kerja, rumahtangga, sekolah dan hubungan dengan pasangan yang terbeban di bahu anda melebihi kemampuan anda untuk melaksanakannya.
  • PENULIS percaya anda biasa dengar ungkapan mimpi siang hari. Ia sebenarnya merupakan terjemahan langsung daripada istilah Bahasa Inggeris daydreaming. Semakan penulis menggunakan kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka menemukan beberapa istilah berpadanan sebagai maksud daydreaming termasuk berangan-angan, berkhayal dan mengelamun.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.