PANGOI baru-baru ini melancarkan satu-satunya concept store yang menggabungkan aksesori fesyen dan optometri di bawah satu bumbung bagi memberi satu nafas segar dan kelainan buat pengunjung.

“Sukacita saya mengumumkan berita baik tentang butik terbaharu dan concept store pertama di Melawati Mall yang dibuka secara rasmi pada 26 Julai 2017. Cermin mata Pangoi dihasilkan di Korea dengan reka bentuk yang unik dan terdapat dalam pelbagai jenis.

"Kami juga pakar dalam membantu meningkatkan penglihatan mereka yang mempunyai masalah penglihatan,” jelas pemilik dan pengasas Pangoi, Patrick Goi.

Selain mempunyai nilai kecemerlangan daripada segi klinikal dan produk yang berkualiti tinggi, butik ini juga mempunyai mesin pemeriksaan mata yang diimport sepenuhnya dari Jepun.

Menawarkan perkhidmatan 24 jam untuk optik, butik ini menyediakan lebih daripada 100 reka bentuk cermin mata hitam dengan polaroid yang mempunyai perlindungan UV.

Reka bentuk beg tangan Pangoi pula dibuat daripada kulit berkualiti tinggi yang diimport dari Turki. Koleksi ini mempunyai beberapa jenis termasuk seleksi beg tangan, clutch, dompet dan koleksi daripada buatan tangan edisi terhad.

Beg tangan jenama ini juga bakal melengkapkan gaya wanita dalam segala segi kerana ia menampilkan koleksi yang trendy buat wanita yang inginkan gaya eksklusif dan elegan.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • DOGMATISME ialah kata terbitan yang berasal daripada istilah dogma. Dogma merujuk kepada ajaran atau kepercayaan yang harus diterima begitu sahaja tanpa soal jawab atau bantahan. Lihat definisi asal dalam kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • MASALAH berat badan berlebihan merupakan satu masalah yang semakin serius dalam masyarakat kita di Malaysia hari ini. Ramai yang mengambil pendekatan mengurangkan makan dan bersenam untuk menurunkan berat badan. Namun tanpa kita sedari, ada yang membuat kesilapan dalam usaha menurunkan berat badan.
  • SITI Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali dengan nama Joy Revfa antara usahawan muda yang menempa nama di pentas bisnes. Sekujur wajah yang jelita milik wanita yang mesra dengan sapaan Joy ini sudah cukup meyakinkan perjalanan bisnes yang berpaksikan produk kecantikan dan kesihatan yang diusahakannya.
  • TENTU sahaja anda akan rasa tertekan jika wajah dipenuhi jerawat, ditambah pula jika jerawat itu meninggalkan parut dan bekas berlubang pada wajah. Perkara ini sedikit sebanyak akan membuatkan anda hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai.
  • PADA waktu kecil, penulis sempat bertemu dengan beberapa orang wanita berpangkat nenek (di Johor, nenek adalah panggilan ibu atau bapa kepada datuk lelaki atau perempuan) yang berusia hampir mencecah 100 tahun di mana suami-suami mereka telah meninggal dunia berpuluh tahun lebih awal.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.