BAGI anda yang inginkan kelainan dalam penampilan, gayakan koleksi turban terbaharu daripada jenama terkenal, Ilham Echenta. Rekaan turban ini cukup elegan dengan perincian eksklusif yang bakal membuatkan penampilan wanita lebih moden dan sensasi sekali gus menambat hati anda.

Kebanyakan koleksi ini dihasilkan daripada fabrik yang berkualiti dan bermutu tinggi bagi memberi keselesaan buat pelanggan setia saat memakainya. Pemilihan fabrik juga diberi penekanan agar koleksi ini mampu memberi pengudaraan yang baik, selain ia juga cukup mudah untuk digayakan.

Didatangkan dalam pilihan rona pastel dan tidak terlalu terang, koleksi ini direka untuk wanita yang inginkan gaya eksklusif yang boleh disesuaikan untuk pelbagai majlis dan acara.

Selain itu, turban yang cukup eksentrik ini turut disulam indah dengan perincian batu permata dan bunga timbul yang bakal membuatkan penampilan anda lebih menyerlah.

1.    Polos tanpa sebarang perincian, turban rona merah jambu lembut ini nyata memberi keselesaan optimum buat si pemakai.
2.    Turban rona coklat dengan gaya lilitan ringkas ini memberi penampilan yang lebih moden.
3.    Perincian berbentuk bunga timbul memberi nafas elegan yang tiada tara buat si pemakai.
4.    Turban daripada fabrik net ini diserikan lagi dengan taburan batu permata yang memberi biasan elegan dan eksklusif.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MENURUT Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet mengatakan ketika berasa lapar, gula dalam darah akan rendah menyebabkan kita tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah kita akan berusaha mencari makanan atau snek.
  • SAPUAN gincu di bibir bukan sekadar olesan semata-mata. Sebenarnya olesan gincu bibir memberi impak kepada keseluruhan solekan pada wajah. Jangan sesekali memandang remeh dalam soal memilih gincu bibir yang sesuai dengan anda. Berikut lapan teknik mengoles gincu yang betul.
  • INDUSTRI makanan merupakan salah satu cabang bisnes yang sentiasa mempunyai prospek untuk dikembangkan selain mempunyai masa depan yang cerah. Makanan dan perniagaan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Menyedari hakikat ini maka bisnes berasaskan makanan menjadi satu cabang bisnes yang tidak lapuk dek zaman.
  • STRES atau tekanan adalah keadaan di mana anda mengalami rasa yang tanggungjawab kerja, rumahtangga, sekolah dan hubungan dengan pasangan yang terbeban di bahu anda melebihi kemampuan anda untuk melaksanakannya.
  • PENULIS percaya anda biasa dengar ungkapan mimpi siang hari. Ia sebenarnya merupakan terjemahan langsung daripada istilah Bahasa Inggeris daydreaming. Semakan penulis menggunakan kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka menemukan beberapa istilah berpadanan sebagai maksud daydreaming termasuk berangan-angan, berkhayal dan mengelamun.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.