TAMPILKAN kecantikan wajah anda dengan pilihan produk-produk terbaik edisi kali ini. Kilauan wajah anda pastinya memancarkan aura seri yang tiada tandingan. Semestinya paduan produk yang sempurna mampu menjadikan wajah anda kekal cantik, anggun dan mempesonakan.  

INNISFREE

Dapatkan bibir cerah berona seperti gadis Korea menerusi produk terbaharu Innisfree iaitu Lip Tint Vivid Cotton Ink (RM44, 4g). Berbeza dengan lipstik biasa, lip tint yang diinspirasikan daripada warna-warna tulip ini mempunyai tekstur yang lembut dan ringan sehingga memudahkan aplikasi.

Ia mengandungi bahan botani seperti minyak biji mangga, biji avokado, minyak camelia dan minyak biji pokok kapas yang berfungsi untuk melembapkan dan melembutkan bibir sepanjang hari.

Sapuannya juga mampu bertahan lama. Walaupun kemasannya matte, lip tint ini masih mampu menghidrasi dan melembapkan bibir kerana ia mengandungi bahan Shine Essence Oil Complex. Hadir dalam lima warna iaitu No 1 (Sunlight Orange Tulip), No 2 (Youthful Coral Tulip), No 3 (Dried Pink Tulip), No 4 (Pink Red Tulip) dan No 5 (Sunset Burgundy Tulip).

M.A.C

M.A.C memperkenalkan rangkaian produk kecantikan terbaharu Studio Fix. Bedak asas Studio Fix Fluid SPF 15 (RM160) yang memberikan hasil matte semula jadi ini membantu menyerap minyak dan meminimumkan ketidaksempurnaan pada wajah.

Untuk kemasan matte yang sempurna, sapuan Studio Fix Plus Powder Plus Foundation (RM160) pastinya menjanjikan kepuasan. Studio Conceal and Correct Palette (RM180) yang hadir dalam dua rona iaitu medium dan dark diperbuat daripada fiber semula jadi dan diperkayakan dengan antioksidan.

Ia berfungsi untuk menyamarkan kulit dengan sempurna di bawah lingkaran mata. Berus 132 Duo Fibre Foundation (RM175) pula direka dengan fiber yang tebal bagi memudahkan sapuan pada wajah tampak lebih sekata.

MAMONDE

Bersempena dengan Hari Merdeka pada kali ini, Mamonde memperkenalkan Moisture Ceramide Light Cream (RM119, 50ml) dan Moisture Ceramide Intense Cream (RM129, 50ml) dengan pembungkusan edisi terhad yang memaparkan bunga raya.

Dirumuskan dengan ekstrak pelembap bunga raya bersama bahan-bahan ceramide, kedua-dua produk ini berfungsi dalam membantu menguatkan dan memberikan kelembapan pada kulit. Ia sesuai digunakan untuk kulit kering. Selepas memakainya, kulit dengan serta-merta akan berasa segar dan lembap tanpa meninggalkan sebarang kesan melekit.

SILKYGIRL

Silkygirl Perfect Sharp Matte Eyeliner (RM22.90 dengan harga pengenalan RM15.90) tampil dengan wajah baharu yang lebih segar. Penggaris mata ini harus dimiliki kerana ia memudahkan aplikasi, selain membuatkan mata anda tampak lebih galak dan memukau.

Sapuannya cepat kering dan ia meluncur sempurna untuk memberikan kesan matte hanya dalam masa beberapa saat. Kini anda tidak perlu lagi bimbang jika sapuan penggaris mata anda comot atau luntur kerana produk ini kalis air dan mampu bertahan sehingga 18 jam serta sesuai diaplikasikan untuk apa jua situasi.
 

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • DOGMATISME ialah kata terbitan yang berasal daripada istilah dogma. Dogma merujuk kepada ajaran atau kepercayaan yang harus diterima begitu sahaja tanpa soal jawab atau bantahan. Lihat definisi asal dalam kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • MASALAH berat badan berlebihan merupakan satu masalah yang semakin serius dalam masyarakat kita di Malaysia hari ini. Ramai yang mengambil pendekatan mengurangkan makan dan bersenam untuk menurunkan berat badan. Namun tanpa kita sedari, ada yang membuat kesilapan dalam usaha menurunkan berat badan.
  • SITI Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali dengan nama Joy Revfa antara usahawan muda yang menempa nama di pentas bisnes. Sekujur wajah yang jelita milik wanita yang mesra dengan sapaan Joy ini sudah cukup meyakinkan perjalanan bisnes yang berpaksikan produk kecantikan dan kesihatan yang diusahakannya.
  • TENTU sahaja anda akan rasa tertekan jika wajah dipenuhi jerawat, ditambah pula jika jerawat itu meninggalkan parut dan bekas berlubang pada wajah. Perkara ini sedikit sebanyak akan membuatkan anda hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai.
  • PADA waktu kecil, penulis sempat bertemu dengan beberapa orang wanita berpangkat nenek (di Johor, nenek adalah panggilan ibu atau bapa kepada datuk lelaki atau perempuan) yang berusia hampir mencecah 100 tahun di mana suami-suami mereka telah meninggal dunia berpuluh tahun lebih awal.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.