TIBA masanya untuk anda melakukan perubahan bagi memberi ruang kepada anda untuk membuka lembaran baharu dalam kehidupan, selain membantu menjadikan anda lebih gembira dan mengembalikan kebahagiaan.

Perubahan bukan hanya bermula dari dalam pemikiran semata-mata namun turut melibatkan persekitaran termasuk tempat tidur, ruang makan, ruang tamu, malah dinding yang anda lihat setiap hari.

Kini merupakan masa yang sesuai untuk anda keluar dari takuk yang lama dan memulakan perubahan dengan warna serta rekaan yang pastinya akan membangkitkan keindahan dinding dalaman kediaman anda. Oleh itu, apa kata anda cuba suasana yang lebih mewah melalui warna-warna yang terpancar dari dinding kediaman anda.

Istilah kemewahan menggambarkan suatu keadaan yang sangat selesa atau anggun, terutamanya apabila melibatkan perbelanjaan yang besar. Bukan semua orang mampu memiliki barangan mewah, namun ia selalunya menjadikan kediaman lebih menarik di mata tetamu dan tentu sekali, ahli keluarga. Suasana kemewahan juga dapat dihasilkan di kediaman anda dengan menggunakan kombinasi warna dinding yang betul.

Memilih palet warna yang betul

Dulux Ambianceā„¢, pilihan eksklusif cat dalaman dan kesan khas premium daripada AkzoNobel benar-benar membantu memberikan sentuhan peribadi pada dinding anda. Ia menawarkan pelbagai pilihan cat kesan khas yang mengandungi ciri-ciri kemasan dan tekstur halus bagi menghasilkan sentuhan yang begitu unik pada dinding.

Cat kesan khas Dulux Ambiance terdiri daripada empat kesan berbeza yang kesemuanya diilhamkan oleh suasana yang berlainan. Setiap cat kesan khas menawarkan sesuatu yang istimewa kepada setiap orang bagi membantu memberikan wajah baharu kepada kediaman.

Pilihan jenis-jenis cat:

1. Metallic : memberikan tona metalik sejuk kepada ruang kediaman

2.Velvet : mencetuskan perasaan dan suasana kekal abadi

3.Linen : menonjolkan dinding dengan kesan fabrik bertekstur yang unik

4.Marble : membantu menghasilkan sentuhan mewah seolah-olah kemasan batu marmar

Memandangkan cat kesan khas ini memerlukan teknik sapuan yang berbeza, anda digalakkan untuk menggunakan khidmat pengecat Dulux Ambiance yang diperakui untuk membantu anda mendapatkan kesan yang berbeza ini.

Memilih ruang

Apa yang penting, anda perlu merancang mengikut kemampuan kewangan dan tahu di mana had anda. Jika bajet anda rendah, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk mengurangkan jumlah bilik yang perlu dicat atau meminimumkan penggunaan warna berbeza.

Pilihlah suasana yang lebih bersifat minimalis. Contohnya, anda mungkin mahu mengecat bahagian dapur sahaja kerana kehebatan anda seperti seorang MasterChef atau hanya mengecat dinding di ruang tamu kerana anda selalu menganjurkan jamuan.

Sebaik sahaja anda memilih ruang tertentu, tiba masanya untuk anda mula mengecat. Cat Kesan Khas Dulux Ambiance lebih sesuai digunakan secara sederhana. Sama ada anda memilih Metallic, Velvet, Linen atau Marble, anda digalakkan untuk hanya mengecat satu bahagian dinding sahaja di dalam setiap bilik untuk menjadikannya sebagai dinding tumpuan dalam kediaman anda.

Pilihan berbeza yang ditawarkan oleh Dulux daripada koleksi Cat Kesan Khas kepada koleksi Nadya ternyata memberi anda peluang untuk benar-benar menyerlahkan sentuhan peribadi di dalam kediaman anda dengan warna-warna baharu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MENURUT Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet mengatakan ketika berasa lapar, gula dalam darah akan rendah menyebabkan kita tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah kita akan berusaha mencari makanan atau snek.
  • SAPUAN gincu di bibir bukan sekadar olesan semata-mata. Sebenarnya olesan gincu bibir memberi impak kepada keseluruhan solekan pada wajah. Jangan sesekali memandang remeh dalam soal memilih gincu bibir yang sesuai dengan anda. Berikut lapan teknik mengoles gincu yang betul.
  • INDUSTRI makanan merupakan salah satu cabang bisnes yang sentiasa mempunyai prospek untuk dikembangkan selain mempunyai masa depan yang cerah. Makanan dan perniagaan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Menyedari hakikat ini maka bisnes berasaskan makanan menjadi satu cabang bisnes yang tidak lapuk dek zaman.
  • STRES atau tekanan adalah keadaan di mana anda mengalami rasa yang tanggungjawab kerja, rumahtangga, sekolah dan hubungan dengan pasangan yang terbeban di bahu anda melebihi kemampuan anda untuk melaksanakannya.
  • PENULIS percaya anda biasa dengar ungkapan mimpi siang hari. Ia sebenarnya merupakan terjemahan langsung daripada istilah Bahasa Inggeris daydreaming. Semakan penulis menggunakan kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka menemukan beberapa istilah berpadanan sebagai maksud daydreaming termasuk berangan-angan, berkhayal dan mengelamun.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.