KEBIASAANNYA penghujung tahun banyak musim kahwin yang akan berlangsung. Setiap pengantin pastinya ingin tampil cantik dan menawan di majlis perkahwinan.

Namun bagi pengantin berhijab tentunya mereka sering runsing dan keliru untuk menggayakan fesyen ideal kerana busana yang digayakan haruslah sopan dan berlandaskan syariat agama.

Oleh itu, dipaparkan kriteria-kriteria fesyen ideal khusus untuk pengantin berhijab.

Pemilihan Fabrik

Pastikan fabrik yang dipilih tidak terlalu nipis sehingga menampakkan susuk tubuh.

Seelok-eloknya, busana perlulah mempunyai lapisan dalam (inner) agar penampilan anda sopan dan sempurna. Anda juga harus bijak memilih fabrik yang tidak melekat pada tubuh.

Jenis potongan

Pilih potongan busana yang longgar dan tidak terlalu ketat. Potongan sheath dan empire line adalah antara potongan ideal buat pengantin berhijab. Ia boleh menampilkan siluet polos dan memberikan keselesaan.

Pemilihan rona

Elakkan daripada memilih rona yang terlalu menonjol dan terang. Bagi mencipta kesan sopan dan ayu, pilihlah rona pastel seperti biru cair, ungu lembut, merah jambu lembu, krim dan sebagainya.

Perincian Busana

Pastikan perincian pada busana tidak terlalu sarat. Hiasan yang ringan dan ringkas bakal memberi impak eksklusif. Anda juga dinasihatkan agar memilih rona perincian yang senada dengan rona busana. Cukup sekadar tertumpu di satu bahagian sahaja agar penampilan anda lebih sederhana dan seimbang.

Tudung bersesuaian

Pilihlah tudung yang ringkas dan polos agar anda tampak elegan. Jika ingin memilih tudung dengan perincian, cukup sekadar yang minimalis dan tidak keterlaluan. Anda boleh memilih tudung jenis sifon dan como crepe kerana ia akan memudahkan gaya lilitan, selain ia tampak lebih terletak dan kemas.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MEMANG sudah bukan rahsia lagi jika pemerah pipi membuatkan wajah terlihat lebih segar. Nah supaya makin sempurna, pemilihan perona pipi juga harus disesuaikan dengan jenis kulit.
  • ARTIKEL minggu ini adalah sambungan artikel minggu lepas berjudul Penuaan – selera berkurangan. Di sini penulis terangkan beberapa jenis nutrien penting yang harus dititikberatkan pengambilannya oleh golongan tua sebagai usaha untuk kekal sihat dan bertenaga.
  • KUALA PILAH - BAGAI satu rahmat yang penuh keberkatan, anak cucu kembali ke desa, membangunkan kembali kediaman pusaka yang kian condong dimamah waktu. Berkat kemahiran dan gotong royong, setiap anak cucu bergabung tenaga serta wang ringgit, membaik pulih kediaman datuk mereka yang sudah selayaknya dipanggil rumah usang. Menanti masa untuk menyembah bumi, rumah atas yang dahulu uzur kini pulih kembali memancar seri. keindahan seni bina tradisi kediaman datuknya yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
  • USIA yang masih ‘hijau’ bukanlah penghalang untuk seseorang mencipta kejayaan. Asalkan ada kemahuan serta disulami dengan ketekunan dan juga semangat yang tidak pernah padam maka sudah tentulah kemenangan akan berpihak pada si empunya diri.
  • KEKURANGAN nutrien merupakan antara faktor utama mengapa golongan berusia 40 dan ke atas mengalami pelbagai perubahan fi siologi yang boleh menyebabkan penurunan kualiti kesihatan dan kehidupan.