BERSEMPENA dengan ulang tahun kemerdekaan yang ke-60, KitKat Chocolatory menampilkan tiga perisa baharu yang diinspirasikan daripada makanan kebanggaan rakyat Malaysia yang cukup istimewa dengan perisa Onde Onde, Teh Tarik dan Durian.

Selain itu, KitKat turut bekerjasama dengan chef selebriti tersohor negara, Chef Anis Nabilah memperkenalkan Anis’ Ice Cream Potong Creation yang diilhamkan oleh beliau sendiri dan diinspirasikan daripada perisa aiskrim potong yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak dahulu lagi.

Mempunyai pengalaman yang cukup luas di dalam dunia masakan, Chef Anis menggabungkan kepakarannya dalam mencipta perpaduan di dalam resipi KitKat terbaharu ini bertujuan untuk menggeletik minat rakyat Malaysia.  

Anis’ Ice Cream Potong Creation edisi istimewa ini boleh didapati dalam perisa Mango Harum Manis, Rose Sirap Bandung, Coconut Santan dan Three Layer Tea Klasik dengan harga RM30 sekotak. Bagi KitKat Onde Onde, Teh Tarik dan Durian pula ia dijual pada harga RM13.90 dan boleh didapati bermula bulan Ogos hingga September sahaja.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :