SETIAP kali menghadiri majlis perkahwinan tentunya anda ingin tampil cantik dan dipandang sempurna. Harus diingatkan, penampilan anda perlulah tidak terlalu menonjol sehingga boleh menenggelamkan aura pengantin. Untuk itu, kami sediakan tip penggayaan untuk anda kekal menawan ke majlis meraikan hari bahagia.

1. BUSANA

Busana yang dipilih haruslah tidak terlalu menonjol. Elakkan daripada memakai pakaian bermanik atau jemeki yang terlalu sarat. Bagi menambahkan seri, cukup hanya di pergelangan tangan atau di bahagian kolar busana sahaja. Lebih manis jika anda memakai dress atau kurung moden yang ringkas dan minimalis.

2. SOLEKAN

Ada sesetengah tetamu mengenakan solekan yang terlalu tebal apabila datang ke majlis perkahwinan. Harus diingatkan, bukan anda yang diraikan. Jadi sebaiknya anda kenakan solekan yang nipis, natural atau yang tidak terlalu menyerlah.

3. KASUT

Kasut memainkan peranan yang penting apabila menghadiri majlis perkahwinan. Jika anda dipilih oleh rakan untuk menjadi pengapit atau bridesmaid, sebaiknya pakailah kasut tumit tinggi yang sesuai. Jangan sesekali memakai selipar kerana boleh mencacatkan keseluruhan gaya anda.

4. AKSESORI

Pakailah aksesori yang tampak ringkas dan tidak terlalu menonjol. Cukup sekadar mengenakan subang ringkas untuk anda tampak moden dan anggun. Bagi yang berhijab pula, elakkan daripada memakai aksesori di kepala seperti kerongsang yang terlalu besar dan tudung dengan perincian manik yang terlalu sarat.

5. RAMBUT

Sesuaikan rambut anda dengan majlis yang dihadiri. Jika majlis perkahwinan diadakan pada waktu siang, cukup sekadar bersanggul ringkas. Namun jika majlis tersebut diadakan pada waktu malam dan bertempat di dewan, dandan sedikit rambut anda agar kelihatan lebih sempurna.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MENURUT Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet mengatakan ketika berasa lapar, gula dalam darah akan rendah menyebabkan kita tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah kita akan berusaha mencari makanan atau snek.
  • SAPUAN gincu di bibir bukan sekadar olesan semata-mata. Sebenarnya olesan gincu bibir memberi impak kepada keseluruhan solekan pada wajah. Jangan sesekali memandang remeh dalam soal memilih gincu bibir yang sesuai dengan anda. Berikut lapan teknik mengoles gincu yang betul.
  • INDUSTRI makanan merupakan salah satu cabang bisnes yang sentiasa mempunyai prospek untuk dikembangkan selain mempunyai masa depan yang cerah. Makanan dan perniagaan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Menyedari hakikat ini maka bisnes berasaskan makanan menjadi satu cabang bisnes yang tidak lapuk dek zaman.
  • STRES atau tekanan adalah keadaan di mana anda mengalami rasa yang tanggungjawab kerja, rumahtangga, sekolah dan hubungan dengan pasangan yang terbeban di bahu anda melebihi kemampuan anda untuk melaksanakannya.
  • PENULIS percaya anda biasa dengar ungkapan mimpi siang hari. Ia sebenarnya merupakan terjemahan langsung daripada istilah Bahasa Inggeris daydreaming. Semakan penulis menggunakan kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka menemukan beberapa istilah berpadanan sebagai maksud daydreaming termasuk berangan-angan, berkhayal dan mengelamun.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.