RAMAI wanita memandang remeh tentang pemilihan tali pinggang yang betul. Pemakaian tali pinggang yang bersesuaian akan menjadikan keseluruhan penampilan anda tampak sempurna.

Gabungan rona, kedudukan tali pinggang serta gaya helaian anda perlu seiring bagi memastikan ia sempurna. Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum anda mengenakan tali pinggang.

1.    KETAHUI PARAS PINGGANG

Jika anda mempunyai badan yang pendek atau rendah, kedudukan tali pinggang di hadapan seeloknya direndahkan sedikit manakala di bahagian belakang perlu jatuh di atas garisan pinggang. Bagi yang tinggi pula, anda perlu memakai tali pinggang pada paras pinggang sebenar anda.

2.    KELEBARAN TALI PINGGANG

Kelebaran tali pinggang mempengaruhi keseluruhan penampilan. Bagi anda yang mempunyai badan besar, anda dinasihatkan agar memilih saiz tali pinggang yang sedikit lebar. Bagi si badan kurus pula, tali pinggang yang sesuai buat anda ialah daripada jenis skinny belt.

3.    PERMAINAN RONA

Pemilihan rona bergantung pada apa yang ingin anda tonjolkan. Jika anda mengenakan helaian polos, jadikan tali pinggang sebagai item statement dengan memilih rona yang terang atau bercorak. Ia akan menjadikan penampilan anda lebih seimbang dan tampak sempurna.

4.    TAMBAH LAPISAN HELAIAN

Anda boleh menambah lapisan helaian seperti kardigan ataupun jaket bagi menyempurnakan penampilan. Selain itu, ia juga mampu menambah dimensi tekstur yang boleh menyelamatkan keseluruhan gaya.

Rona lapisan helaian yang dipilih haruslah senada dengan gaya anda. Jangan memilih rona yang terlalu garang dan terang kerana ia akan membuatkan anda tampak seperti badut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAHUKAH anda, 6% kalangan dewasa mengalami ketagihan membeli-belah sepanjang kehidupan mereka? Angka tersebut berdasarkan kajian. Kajian juga menunjukkan 80-95% ketagihan membeli-belah berlaku kepada golongan wanita.
  • PENGGUNAAN karavan dan motorhome di Malaysia mungkin dilihat sebagai sesuatu yang baharu. Mungkin juga ada yang tidak pernah melihatnya ‘beraksi’ di jalan raya namun itu tidak menjadi penghalang bagi Nadiah Abas dan suaminya, Mohd Arne Haffnee Abas menceburi industri permotoran.
  • DOGMATISME ialah kata terbitan yang berasal daripada istilah dogma. Dogma merujuk kepada ajaran atau kepercayaan yang harus diterima begitu sahaja tanpa soal jawab atau bantahan. Lihat definisi asal dalam kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • MASALAH berat badan berlebihan merupakan satu masalah yang semakin serius dalam masyarakat kita di Malaysia hari ini. Ramai yang mengambil pendekatan mengurangkan makan dan bersenam untuk menurunkan berat badan. Namun tanpa kita sedari, ada yang membuat kesilapan dalam usaha menurunkan berat badan.
  • SITI Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali dengan nama Joy Revfa antara usahawan muda yang menempa nama di pentas bisnes. Sekujur wajah yang jelita milik wanita yang mesra dengan sapaan Joy ini sudah cukup meyakinkan perjalanan bisnes yang berpaksikan produk kecantikan dan kesihatan yang diusahakannya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.