• Wacana Sinar: Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu Wacana Sinar: Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu
1 /

SHAH ALAM - Sementara demam Pilihan Raya Umum ke-13 masih dirasai dan terus diperkatakan, Sinar Harian menganjurkan wacana yang mengupas topik Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu, Rabu ini.

Wacana siri ke-20 ini mengetengahkan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Program kali ini dikendalikan oleh pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.

Platform wacana ini akan menyediakan ruang perdebatan hujah ketiga-tiga panel berkenaan mengenai hala tuju politik Melayu yang wajib diikuti bersama.

Wacana kali ini berlangsung dari jam 2.30 hinggga 5 petang di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini.

Masuk ada percuma dan mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Laila (019-3310211), Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066.

Sinar Harian Online dan mobTV merupakan penganjur bersama.