RAMAI betul pengasas produk sekarang nak buat lagu, bermula dengan Datuk Seri Vida dengan lagu I Am Me, Datuk Alif Syukri Abang Nak Tegur. Nur Sajat Makhluk Penggoda.

Selain lagu Bobo Di mana, Alif Syukri , Sajat dan Lucinta Luna.

Selari dengan trend baru pegasas produk ini, Safiey Illias juga tak ketinggalan dengan single pertamanya yang berjudul Syinta Gila.

Untuk pengetahuan lagu ini merupakan hasil ciptaan penyanyi Indonesia Ressa Herlambang yang terkenal dengan lagu Menyesal. Oh, patutlah lagu 'catchty'.   

Lagu ini telah mendapat 300,000 views di Youtube sejak dua hari lalu.  

"Okeylah, dia buat lagu ini bukan khas untuk dia. Dia sendiri sudah terus terang yang dia buat lagu ini untuk perempuan - perempuan dekat luar sana supaya yakin terhadap diri sendiri tak perlu cucuk atau buat macam-macam terhadap diri sendiri

“Aku tak sokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tapi apa yang Safiey ini buat Alhamdulilah dia nak pulang ke jalan yang benar . Netizen pun kenalah bagi dia semangat,  bukan mengata dia . Orang mengata pun belum tentu masuk alam syurga . Jadi sama- sama beramal dan bantu hamba ALLAH ini balik ke jalan yang benar ," tulis Saidatul Najwaa. .

"Keyakinan pada setiap wanita yang selalu dihina, lagu ini sedap. Terbaik, padu… peduli apa orang kata,"  tulis Fendi Razali.

"Walaupun bukan original wanita tapi muzik kau sedap," tulis Aman Flyes.

"Lagu sedap... ada motivasi... sekurang-kurangnya tak ada berunsur lucah," tulis Hazwani Halili.

"Bukan calang-calang orang Safiey ini.  Sedap pulak dengar lagu dia haha," tulis Wxn Wawan