SEORANG individu tampil memohon maaf kepada Shukri Yahaya bagi pihak bapanya yang menegur pelakon itu ketika menjalani penggambaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Individu menggunakan akaun Twitter @Iedaa31 berkata, bapanya bertindak demikian berikutan tidak tahu ia adalah sebuah penggambaran drama.

"Video abah tepuk Shukri Yahaya di KLIA kepada Shukri Yahaya abah minta maaf sebab kacau. Abah tak tahu tengah berlakon," tulisnya pada Rabu.

Kicauan itu mendapat perhatian netizen dan pelakon berkenaan yang menganggap ia sebagai sesuatu yang mencuit hati.

Shukri turut membalas dengan meminta individu tersebut kirim salam kepada bapanya.

"Kirim salam abah awak, abah awak terbaik," ujarnya.

Shukri Yahaya dan Elly Ariffin

 

Video berdurasi 17 minit itu memperlihatkan adegan Shukri yang memakai seluar merah jambu berperwatakkan lelaki lembut memegang tangan pelakon Fadzil Zahari.

Video yang dimuat naik pengacara Hlive! Elly Ariffin yang turut berlakon dalam drama tersebut menjadi tular di media sosial sejak malam Selasa.

Semasa adegan itu dirakamkan, Shukri sedang bersalaman dengan Fadzil Zahari dengan gaya lemah-lebut dan kemudian muncul seorang individu dari arah belakang menegur perbuatan mereka tanpa mengetahui ia adalah sebuah penggambaran drama.

"Kami semua terkejut juga apabila tiba-tiba Shukri ditegur seorang pakcik ketika sedang dalam penggambaran dan ketika itu saya pula sedang merakam aksi tersebut.

"Pakcik itu datang dan tepuk bahu dia dengan nasihat "jangan buat maksiat dekat sini"," ujarnya.

Bagaimanapun insiden itu mencuit hati semua pihak.

Drama berjudul Split itu bakal disiarkan di Astro Citra pada 1 November ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yerlly Yarifin šŸ¼ (@ellyarifin) on