BARU-baru ini, pelakon Rozita Che Wan Che Ta ada  memuat naik foto memakai baju uniform sekolah menengah di Instagram (IG) miliknya.

Dan turut disertakan kapsyen selamat maju jaya buat calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menduduki peperiksaan tersebut.

Meskipun ada yang memuji penampilan Che Ta yang kelihatan lebih muda, namun lebih menarik perhatian netizen adalah salah seorang daripada pelakon yang turut bergambar dalam foto tersebut, iaitu pelakon Izreen Azminda yang hangat dengan kontroversi perampas suami orang sebelum ini.

Ekoran daripada itu, netizen yang sememangnya masih berang dengan kes Izreen sebelum ini bertindak menghentamnya di ruangan komen Instagram Che Ta pula. Walaupun difahamkan Izreen telah menutup ruangan komen di laman IG namun itu tidak menghalang mereka dari terus mengecamnya.

Rata-rata netizen telah menghentam keras Izreen dengan meninggalkan kata-kata sinis dan kritikan hebat untuknya.

"Jering itu merosak pemandangan sahaja," tulis muhdyunus03.

"Kaki sailang itu, memang sekolah dia pakai baju lengan senteng. Memang suka benda separuh-separuh. Rumahtangga  orang separuh jalan, dia pun dia sailang, ini pakai baju lengan separuh... mungkin otak pun separuh, itu pasal laki orang pun dia 'sauk'," tulis bungaistanbul.

"Cerita apa ini... Ada si jering... apa pun... Bulu mata awak tetap ada kakak," tulis syazanasyafei.

"Izreen pergi sekolah belajar rembat laki orang," tulis eriza_zarith.

"Si jeringlah. Di sekolah, dia belajar macam mana nak 'tackle' suami orang," tulis cerian_amat.

"Dua itu cantik... Yang hujung itu, muka buat panas," tulis juriahsrah.

"Suka tengok IG Che Ta... Memang jadi idola saya, tentang Che Ta... Tapi, gambar pic ini memang spoil sebab ada perampas itu," tulis mummy_izz5.